ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Nov 10, 2022

RAYUAN DERMA MAKANAN UNTUK PELARIAN SYRIA

RM7,845 / 65.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

345 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rakyat Syria tidak mampu membeli makanan sendiri, Marilah kita menolong mereka atas dasar ukhuwah Islamiyyah.


Rasulullah ﷺ bersabda:‏


 ‏أيها الناس أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا بالليل والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام‏


“Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berikanlah makan dan solatlah pada waktu malam ketika orang sedang tidur, nescaya kamu akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan sejahtera.”


Assalamualaikum para penderma yang budiman. Kami masih memerlukan dana untuk teruskan pengagihan makanan asas bagi pelarian Syria yang telah diuji ini. 



Penerima bantuan adalah penduduk di sekitar RAS Al, Ayn, Wilayah Al-Hasakah. Kami akan mengagihkan bantuan tersebut 3 kali seminggu iaitu 1 pek roti (10 keping) yang merupakan makanan asas mereka. Kos yang diperlukan adalah RM9800 sebulan untuk 12000 keping roti. Bantuan ini akan dilaksanakan di pelarian dalam negara di Ras Al-Ayn, wilayah Al-Hasakah. Wilayah ini yang menyaksikan kemarau terburuk sejak 70 tahun lalu. Jumlah penerima untuk 1000 keping roti diagihkan kepada 100 keluarga pelarian.




Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), sekuriti makanan (kelangsungan bekalan makanan) di Syria semakin memburuk sejak berlakunya perang saudara. Mengikut laporan terkini, lebih kurang 12.4 juta orang -60% daripada jumlah rakyat Syria menghadapi ancaman sekuriti makanan. Ini adalah kenaikan yang mendadak sebanyak 57% sejak 2019, angka tertinggi yang pernah direkodkan.



Pada tahun ini, Syria turut menghadapi kemarau yang terburuk sejak 70 tahun menjejaskan proses penuaian dan bekalan makanan. Mereka juga menyaksikan kenaikan harga barang dan keperluan asasi. Ini menyebabkan rakyat Syria tidak mampu untuk membelinya. Saudara kita di Syria sangat memerlukan dan terdesak kepada bantuan kita. Marilah kita menolong mereka atas dasar ukhuwah Islamiyyah.



‏اليد العليا خير من اليد السفلى


“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SYAHIRAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

HADIFFSHAHRUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Kempen Sumbangan Tamat