ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 05, 2024

HANTARKAN MAKANAN UNTUK WARGA MISKIN DAN ASNAF

RM310 / 10.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Salurkan pakej makanan untuk warga miskin, asnaf kelaparan, dan anak jalanan yang memerlukan bersama ASAR Humanity.


Kemiskinan masih menjadi isu besar di Indonesia. Menurut data rasmi, lebih daripada 25 juta rakyat Indonesia hidup di bawah garis kemiskinan, bergelut setiap hari untuk mencukupi keperluan asas mereka. Di sebalik kota yang sibuk dan penuh kemewahan, terdapat perkampungan kumuh yang menjadi tempat tinggal bagi 150 keluarga miskin.



Keluarga-keluarga ini hidup di antara timbunan sampah, bergantung kepada pendapatan daripada mengumpulkan barang terpakai yang dijual dengan harga sangat rendah. Dengan pendapatan yang tidak mencukupi, mereka tidak mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka, apatah lagi memberikan pendidikan yang layak.



ASAR Humanity terpanggil untuk membantu keluarga-keluarga ini melalui program bantuan khusus untuk mereka yang kelaparan dan hidup dalam kekurangan. Kami ingin mengajak tuan dan puan untuk bersama-sama menyisihkan sebahagian rezeki demi meringankan beban saudara kita. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk:


1. Mengirimkan pek makanan dan beras.

2. Menyediakan kit kebersihan (hygiene kit).

3. Memberikan keperluan asas lain yang mereka perlukan.



 "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."

(HR Ahmad)


Dengan menyokong misi ini, anda bukan sahaja membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, tetapi juga mengumpul pahala amal jariah yang akan terus mengalir.



Marilah kita bersama-sama menjadi jalan rezeki bagi saudara-saudara kita yang memerlukan. Semoga Allah memberkati setiap ringgit yang anda sumbangkan dan menggantikannya dengan keberkatan yang lebih besar. Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran dan keberkatan kepada anda atas setiap kebaikan yang anda lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat