Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM490 / 16.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
34 Penyumbang
14 Baki Hari
Terlebih dahulu, kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan dermawan yang sentiasa bermurah hati. Semenjak Program Sedekah Makan untuk Santri Taman Pendidikan Al-Quran (TPQ) ini dilaksanakan, kami dapat menyaksikan impak yang amat besar.

Suasana pembelajaran kini disulami dengan semangat yang berkobar-kobar dalam kalangan anak-anak. Bilangan pelajar yang ingin belajar Al-Quran, terutamanya dari kalangan anak yatim dan asnaf dhuafa, telah bertambah dengan mendadak. Sesungguhnya, rezeki santapan yang halal dan berkat ini bukan sahaja mengenyangkan perut, bahkan turut menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk terus menghafal dan memahami kalamullah.

Justeru, kami dengan penuh rendah diri dan harapan yang tulus ikhlas, ingin mempelawa para penyumbang yang budiman untuk terus bersama-sama kami dalam usaha murni ini. Marilah kita teruskan legasi kebaikan dengan sedekah makanan ini.


Sedikit rezeki yang dihulurkan pasti akan menjadi bekal ke akhirat dan jariah yang tidak putus. Setiap suapan yang mereka nikmati akan menjadi tenaga untuk mereka mempelajari Al-Quran, dan pahalanya akan mengalir terus kepada para penyumbang. Ayuhlah! Raih keberkatan berganda di dunia dan akhirat. Sumbangan ikhlas anda amat kami hargai dan semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang melimpah ruah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025