PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Feb 14, 2025

SEDEKAH MAKANAN BUAT BERBUKA DAN SAHUR

RM227 / 0.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jemput kongsi rezeki Ramadan bersama mereka yang kurang bernasib baik & memerlukan sambil raih pahala Ramadan berlipat ganda. Kebahagiaan keberkatan hidup dunia akhirat serta keampunan Allah SWT.


Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang terbaik untuk menambah pahala demi meraih keampunan Allah dan ganjaran syurga. Bulan Ramadhan adalah kesempatan menuai pahala melimpah. Banyak amalan yang bisa dilakukan ketika itu agar menuai ganjaran yang luar biasa. Dengan memberi sesuap nasi, secawan teh, sebiji kurma atau kuih muih yang sedap, itu pun bisa menjadi ladang pahala. Maka sudah seharusnya kesempatan tersebut tidak dilepaskan.




مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”




Sesiapa yang menolong seorang mukmin dalam beramal kebaikan, maka orang yang menolong tersebut akan mendapatkan pahala sama pelaku kebaikan tadi. Begitu pula orang yang memberi makan buka puasa atau memberi kekuatan melalui makanan bagi orang yang berpuasa, maka ia pun akan mendapatkan pahala berpuasa. Sungguh luar biasa pahala yang dijanjikan untuk yang suka bersedekah.



Diantara keutamaan lainnya bagi orang yang memberi makan berbuka adalah do’a dari orang yang menjamu makanan berbuka. Jika orang yang menjamu makanan mendoakan si pemberi makanan, maka sungguh itu adalah do’a yang terkabulkan. Kerana memang doa orang yang berbuka puasa adalah doa yang mustajab.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOOR AISHAH SHAIKH MOHAMED YAHYA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 18, 2025

Kempen Sumbangan Tamat