MUTIARA TAQWA

Dimulakan pada Mar 17, 2022

SEDEKAH MAKANAN JUMAAT

RM1,505 / 27.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,500

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.


Negara kita sedang mengharungi cabaran getir dari segi ekonomi dan keselamatan rakyat akibat penularan pandemik COVID-19, kita berharap dapat membantu meningkatkan lagi kesejahteraan hidup kelompok miskin (B40) dan miskin tegar yang begitu terkesan oleh pandemik.


Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.



Assalamualaikum wbt. Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.


Mutiara Taqwa akan menyalurkan bantuan kepada golongan yang susah atau miskin yang terdiri daripada golongan asnaf dari kalangan ibu tunggal miskin di sekitar Pasir Gudang. Marilah kita ambil bahagian untuk bantu!


Kami telah edarkan lebih 2000 bungkusan makanan kepada mereka yang terkesan disebabkan COVID 19 di sekitar Pasir Gudang untuk program sebelum ini. Ramai penerima terkesan bersyukur atas bantuan yang diberikan hasil sumbangan orang ramai.



Bantuan yang diberikan dapat memberikan rasa syukur, prihatin dan kebersamaan antara kita semua bagi membantu memberikan makanan, food bank dan bungkusan bagi menghilangkan rasa lapar dan susah mereka.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tulus ikhlas bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma daripada kerja halal, Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, nescaya sedekahnya bakal diterima Allah dan akan membesar sehingga menjadi sebesar gunung.” (Hadis Riwayat Muslim)


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada satu hari yang mana seseorang hamba bangun pada waktu paginya melainkan terdapat dua malaikat turun daripada langit.



Semoga dimusim pandemik COVID 19 ini, kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Ibu bapa tunggal yang miskin juga perlukan pembelaan dan sokongan, marilah kita sama sama meringankan beban mereka.


Sasaran daripada kempen ini adalah sebanyak 40 orang penerima manfaat. Sumbangan makanan kering ini ini akan diberikan di sekitar Pasir Gudang dan Johor dan sekitarnya terutamanya dari keluarga anak yatim dan ibu bapa tunggal miskin. Pemberian ini akan diberikan pada pada Mac 2022.


Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda (ibu tunggal) dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya" (Hadis riwayat Bukhari)


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)


Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diberkati Allah.  

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat