Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 08, 2025
RM715 / 23.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
33 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad ingin mengambil kesempatan sempena Awal Muharram ini kepada insan-insan yang budiman agar sama-sama memberi sedikit infaq buat anak-anak syurga ini dengan keperluan seperti gula, kopi, minyak, santan, sos, kicap, dan lain-lain lagi oleh kerana pihak maahad berharap orang ramai dapat bersama membantu untuk mendapatkan barangan tersebut.

Untuk makluman barangan tersebut adalah untuk mencukupkan keperluan harian para perlajar dan guru-guru yang mengajar anak-anak di sini yang mana mereka terdiri dikalangan anak asnaf dan memerlukan bantuan,dengan adanya barangan tersebut anak-anak tahfiz di sini dapat belajar dengan baik dan menumpukan perhatian dengan sepenuhnya.

Oleh itu, pihak maahad menganjurkan kempen ini untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi buat mereka yang sedang menuntut ilmu serba kekurangan. Kami berharap orang-orang baik dapat berinfaq dan membantu pihak Maahad yang serba kekurangan ini.

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan tentang sedekah yang paling unggul adalah infaq yang dikeluarkan oleh orang yang dapat kekurangan harta, tidak memiliki harta yang berlimpah, namun terbatas pendapatannya sedang ia memiliki banyak tanggungan, namun, tetap menyedekahkan sebahagian hartanya kerana Allah SWT.

Mudah-mudahan apa sahaja yang kita infaqkan ini dapat menolong kita di Akhirat nanti. Semoga para dermawan semua dimurahkan rezeki dan di panjangkan umur anda semua.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 09, 2025
KAMAROZAMAN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Aug 08, 2025