Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.
Berkata Saiyidina Ali R.A; “Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.” Saiyidina Ibnu Umar R.A pula berkata; “Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya.”
Para sahabat Nabi S.A.W dahulu kala sering berkumpul untuk majlis bacaan al-Quran al-Karim, dan mereka tidak akan berpisah melainkan sesudah menjamah sedikit jamuan, walaupun sekadar jamuan ringan.
Sumbangan makanan kering ini ini akan diberikan kepada individu, keluarga, jiran-jiran dan mereka yang sangat terjejas makanan kerana dikuarantin di sekitar Pasir Gudang, Johor. Semoga ada ukiran senyuman di wajah penerima. Semoga sedekah saudara/i ini dilipatgandakan kebaikan serta diluaskan rezeki sebanyak-banyaknya oleh Allah.