PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Dec 29, 2024

INFAK MAKANAN TAHFIZ DAN ASNAF

RM65 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita sama-sama membuat pahala dengan menyediakan makanan buat para pelajar tahfiz dan madrasah.


Memberi makan kepada manusia akan dimuliakan Allah terutama memberi makanan berkhasiat kepada pelajar tahfiz yang menuntut ilmu. Ia sudah tentu lebih mulia dan besar pahala yang Allah berikan kepada orang yang bersedekah makanan.



Seperti halnya bersedekah air, memberi minuman merupakan salah satu ibadah yang paling agung di sisi Allah SWT. Ia juga salah satu ibadah yang mana manfaatnya dapat terus mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.



Rasulullah ﷺ sangat menganjurkan memberi makanan kepada orang yang lapar. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa orang yang memberi makanan kepada orang yang lapar adalah antara orang yang paling mulia. Bukan itu sahaja, Allah SWT juga akan menyediakan pintu khas untuk mereka yang semasa hidup di dunia suka memberi makan kepada orang lain yang kelaparan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ﷺ:


"Barangsiapa memberi makan seorang mukmin sehingga dia kenyang, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain."

(Riwayat Thabrani)



Melalui sedekah makanan dan air minuman kepada pelajar tahfiz, semoga ia menjadi medan amal untuk kita semua dan Allah sentiasa merahmati kita dengan keberkatan hidup di dunia.



Sedekah makanan ibarat satu rantaian pahala yang panjang. Selagi mana sedekah kita tersebut menjadi darah daging mereka, dan mereka melakukan ibadah serta kebaikan, selama itulah pahala mengalir buat kita  


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2025

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 01, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Dec 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat