BANTU DANA PERALATAN MASJID

RM370 / 9.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH DANA PERALATAN MASJID. KITA MEMBANTU JEMAAH BERIBADAT DENGAN SELESA. PAHALA MENGALIR APABILA KITA MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA KITA BERIBADAT.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dewasa ini kebanyakan masjid telah menambah baik prasarana dan kemudahan masjid. Penambahbaikan ini adalah sejajar dengan pertambahan bilangan jemaah terutamanya pada solat jumaat dan solat-solat yang tertentu. Pemodenan prasarana masjid ini juga adalah selaras dengan peredaran semasa.




Namun demikian terdapat juga sebilangan masjid yang masih kurang mendapat perhatian. Terutamanya masjid-masjid kariah yang terletak di kawasan kampung. Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu jemaah masjid demi keselesaan untuk beribadah. Sesungguhnya keselesaan didalam membuat ibadah akan mendatangkan kekhusyukan dan pahala yang berlipat ganda.




Sehubungan dengan itu, pihak Komuniti Ihsan bercadang berkongsi amalan baik dimana pihak kami akan menyalurkan bantuan dan derma berupa peralatan yang diperlukan mengikut kesesuaian dan kehendak jemaah masjid. Sesungguhnya besarlah pahalanya bagi sesiapa yang menolong orang yang dalam beribadah melakukan ibadahnya. Nabi Muhammad SAW juga bersabda:


“Barang siapa mengerjakan keperluan saudaranya yang Muslim, maka ia mendapatkan pahala seperti orang yang mengabdi kepada Allah dalam sepanjang usianya" (HR Abi Na’im)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat