BANTULAH DANA MASJID 60 TAHUN INI UNTUK DIBAIK PULIH

RM570 / 5.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

28 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Menyediakan jemaah setempat dengan masjid adalah satu kewajipan bagi memenuhi keperluan fardu kifayah. Usahakanlah untuk kita dapat bersedekah dan bersama-sama merebut pahala ganjarannya kelak.


Assalamualaikum wbt. Masjid Al Makmur , Lubok, Batu Pahat adalah sebuah masjid yang telah berusia lebih 50 tahun. Merupakan sebuah masjid khariah dan mempunyai jemaah sekitar 200 orang pada solat Jumaat 



Terletak di persekitaran kampung dan agak jauh dari bandar Batu Pahat, masjid ini terletak di tepi jalan kampung utama. Walau bagaimanapun, masjid ini gagal menarik jemaah yang kuat untuk berjemaah kerana keuzurannya dan ketidakselesaannya. Masjid ini adalah separuh batu dan separuh papan. Papan dinding serta silingnya telah dimakan usia dan ada yang telah rosak. 



Komuniti Ihsan terpanggil untuk mengusahakan dana bagi membaiki masjid ini. Kos awalan diperlukan sebanyak RM10,000 untuk baiki kerosakan yang diperlukan.




عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”


Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga” (HR. Ibnu Majah, no.738)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABU AHMAD 'AMMAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

WALAU SEDIKIT ASAL IKHLAS BERTERUSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 11, 2023

BEH JIN YEE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2023

ZAINON BINTI DUASA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat