MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

Dimulakan pada Jun 20, 2024

BANTU BINA MASJID PERTAMA DI IMBITUBA BRAZIL

RM202,337 / 67.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

4098 Penyumbang

49 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan masjid pertama di Imbituba Brazil. Jom bersama dalam menyebarkan syiar Islam.



Imbituba adalah sebuah pekan kecil pesisiran laut yang berada di negeri Santa Catarina, di selatan Brazil. Jumlah penduduk dianggarkan sekitar 45,286 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 200 keluarga yang berjumlah seramai lebih 1,000 orang adalah beragama Islam. Namun begitu pekan Imbituba masih belum ada masjid mereka sendiri. Jika mahu beribadat di Masjid, penduduk muslim di situ terpaksa merentas jauh selama 80km atau 2 jam perjalanan kereta ke Florianopolis yang memiliki masjid. Hal ini menyebabkan aktiviti keagamaan di sini amat terbatas kerana tidak ada satu pusat Islam yang khas seperti masjid yang memberikan kemudahan beribadah dan menyatukan umat Islam di Imbituba.


Perkara ini amat membimbangkan kerana kebanyakkan penduduk akan datang hadir ke gereja setempat untuk belajar bahasa Portugis secara percuma yang merupakan bahasa yang digunakan di Brazil. Hal ini sedikit sebanyak akan mendedahkan anak-anak muslim dan orang dewasa muslim dengan persekitaran gereja yang dikhuatiri boleh menggugat keimanan mereka kerana telah pun disantuni oleh pihak gereja. Bahkan, di Imbituba masih belum ada organisasi Islam yang kukuh. Guru-guru agama Islam hanya datang berkunjung ke pekan ini sekitar 6 bulan sekali sahaja.




Gereja lama yang ingin dibeli untuk dijadikan masjid


Oleh itu Muslim Care Malaysia bercadang untuk membeli sebuah bekas gereja untuk dijadikan masjid untuk penduduk Islam di sini. Pembelian gereja terbiar berkeluasan 2,323 kaki persegi dan luas kawasannya 6,000 kaki persegi di bandar Imbituba yang akan diubahsuai menjadi masjid dan sebagai ‘one stop centre’ atau pusat sehenti bagi manfaat umat Islam di sana. Sebanyak RM1,000,000 yang diperlukan untuk membeli bekas gereja tersebut. Daripada jumlah itu terdapat baki RM350,000 lagi yang diperlukan untuk menjadikan impian memiliki masjid pertama di Imbituba menjadi kenyataan.



Bersama penduduk musim setempat di Imbituba



Oleh itu, kami menyeru sumbangan anda semua agar impian ini tercapai. Selain pusat ibadah, ia akan turut menyediakan kelas Bahasa Portugis serta pusat maklumat untuk imigran Muslim dari Palestin, Syria serta negara Afrika yang baru berhijrah ke situ. Anak kapal dan pekerja pelabuhan yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari situ, turut boleh memanfaatkan masjid yang bakal didirikan kelak. Di sinilah akan memberi peluang untuk mereka belajar dan mendalami agama Islam. Di masjid inilah juga kan menjadi lambang penyatuan dan berkembangan syiar Islam di negara Brazil.


“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”

(Surah Al-Muzzammil: 20)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

KHAIRIYATUN AZLINA AKHIRUDDIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 15, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

AZIZ AZIZ

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 15, 2024