Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 28, 2022

SUMBANGAN PENDINGIN HAWA UNTUK MASJID DARUL MUTTAQIN

RM15,000 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

657 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Dana dari anda sangat diperlukan, salurkan sumbangan anda di sini sekarang untuk membantu mereka di Kampung Seriguna ini.

Menjadikan rumah ibadah yang nyaman dan selesa itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Beribadah dalam keadaan bersih dan selesa juga menjadi tuntutan dalam agama Islam.


Perkampungan Seriguna, Ogan Komering Ilir adalah sebuah kampung pendalaman. Sebuah kampung yang jauh dari bandar dan juga pusat bandar negeri. Jumlah penduduk yang menetap dai kawasan ini juga boleh dikatakan ramai dari sejak dulu hingga sekarang.


Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga.” (HR. Ibnu Majah no. 738)



Salah seorang dari team kami sempat berbual dengan wakil dari kampung ini dan bertanyakan keadaan disana. Ramai penduduk disana mengadu bahawa Masjid Darul Muttaqin ini tiada pendingin hawa sejak awal pembangunan lagi. Hal ini selalu menyebabkan mereka kurang selesa untuk beribadah dan melakukan aktiviti di masjid tersebut.


Pada awalnya masjid ini dibina dengan hasil sumbangan daripada orang luar dari kawasan perkampungan ini. Dengan jumlah penduduk yang ramai dan mereka semua menggunakan masjid ini. Oleh demikian, kedudukan masjid yang berada di tepi tebing sungai mengakibatkan haba yang sangat kuat telah membuatkan cuaca di situ agak panas.





Jadi kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bercadang untuk mengumpul dana untuk membelikan pendingin hawa untuk Masjid Darul Muttaqin ini. Dengan hasil sumbangan ini, kami akan membelikan sebanyak 9 buah pendingin hawa termasuk upah pemasangan.




Harapan kami agar mereka dapat beribadah dan menjalankan aktiviti di masjid ini dengan selesa dan tenang. Semoga dengan sumbangan yang diberikan oleh Para Penyumbang mendapat ganjaran pahala yang besar disisi-Nya. Insya Allah


Umar bin Khaththab pernah berkata : “Sesungguhnya amalan-amalan itu saling membanggakan diri satu sama lain, maka sedekah pun berkata (kepada amalan-amalan lainnya), ‘Akulah yang paling utama di antara kalian’.” Shahih Bukhari dan Muslim.”


Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 yang bermaksud: “Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”





Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM23.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 11, 2022

Kempen Sumbangan Tamat