MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUSSALAM

Dimulakan pada Apr 13, 2022

DANA DIPERLUKAN UNTUK MENAIK TARAF MASJID DARUSSALAM

RM14,105 / 4.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

516 Penyumbang

75 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Sama-sama kita rebut peluang untuk mendapat ganjaran pahala yang sentiasa mengalir dan tidak akan terputus dengan serendah RM10. Jom kita semua mengejar kebaikan.


بسم الله الرحمن الرحيم MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUSSALAM, ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 2000, Maahad Tahfiz Al-Quran Darussalam merupakan sebuah Sekolah Tahfiz yang menyediakan pendidikan berteraskan sistem tahfiz dan kurikulum bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Murid-murid kami bermula dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun. Dana sekolah kami hanyalah bergantung kepada yuran murid. Walau bagaimanapun, murid dalam kalangan anak yatim mendapat biayaan penuh dari sekolah.

 

Jumlah murid kami adalah 125 orang murid yang dibimbing oleh 15 orang guru. Alhamdulillah, pada tahun 2021, kami telah berjaya melahirkan GENERASI PERTAMA murid Tahun 6 yang terbukti mempunyai daya saing dengan dapat menyambung pelajaran di sekolah-sekolah tekemuka seperti Sekolah Imtiaz, Maahad Tahfiz Sains, Maahad Muhammadi Perempuan dan lain-lain.


Keadaan Masjid Darussalam (13/4/2022)


1.  Cat pada bahagian atas tingkat kedua tertanggal akibat kebocoran.


2. Kesan cat tertanggal


3. Kesan cat tertanggal


4. 


Buat masa ini, murid kami sedang mengikuti pengajian di tingkat kedua Masjid Darussalam. Walau bagaimanapun, kelas-kelas ini telah mengalami masalah kebocoran disebabkan tingkat ketiga masih dalam pembinaan. Pihak sekolah telah bercadang untuk menyiapkan tingkat ketiga Masjid Darussalam bagi menangani masalah ini, di samping dapat menampung penambahan bilangan murid.


Cadangan pembinaan tingkat ketiga Masjid Darussalam berkeluasan 80 kaki x 40 kaki dengan anggran kos RM300,000 iaitu merangkumi:

a) Pembinaan kelas pengajian

b) Sistem pendawaian dan peralatan elektrik

c) Meja, kerusi, papan putih dan peralatan-peralatan pembelajaran yang lain

d) Pembinaan tangga


Dengan berjayanya projek ini, pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa dan sekolah dapat menambah kapasiti pelajar bagi menampung permintaan orang ramai.


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).


 Kami, para pendidik dan murid MTAD mengucapkan Jazakumullah Khairan Khathiran di atas segala sumbangan para dermawan dan kami doakan segala Amal Jariah Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan akan dibalas dengan pahala yang berterusan dan berlipat kali ganda hendaknya. Amin.





Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

SUDIN BIN YAKOB, RAIDAH BINTE HASSAN & IRLIA SUMANTI BINTI SUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2022

FAIZAL ASHRAF BIN IBRAHIM

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022