Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUSSALAM
Dimulakan pada Apr 13, 2022
RM14,260 / 4.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
521 Penyumbang
Kempen Berakhir!
بسم الله الرحمن الرحيم MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DARUSSALAM, ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada tahun 2000, Maahad Tahfiz Al-Quran Darussalam merupakan sebuah Sekolah Tahfiz yang menyediakan pendidikan berteraskan sistem tahfiz dan kurikulum bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Murid-murid kami bermula dari umur 6 tahun sehingga 12 tahun. Dana sekolah kami hanyalah bergantung kepada yuran murid. Walau bagaimanapun, murid dalam kalangan anak yatim mendapat biayaan penuh dari sekolah.
Jumlah murid kami adalah 125 orang murid yang dibimbing oleh 15 orang guru. Alhamdulillah, pada tahun 2021, kami telah berjaya melahirkan GENERASI PERTAMA murid Tahun 6 yang terbukti mempunyai daya saing dengan dapat menyambung pelajaran di sekolah-sekolah tekemuka seperti Sekolah Imtiaz, Maahad Tahfiz Sains, Maahad Muhammadi Perempuan dan lain-lain.
Keadaan Masjid Darussalam (13/4/2022)
Buat masa ini, murid kami sedang mengikuti pengajian di tingkat kedua Masjid Darussalam. Walau bagaimanapun, kelas-kelas ini telah mengalami masalah kebocoran disebabkan tingkat ketiga masih dalam pembinaan. Pihak sekolah telah bercadang untuk menyiapkan tingkat ketiga Masjid Darussalam bagi menangani masalah ini, di samping dapat menampung penambahan bilangan murid.
Cadangan pembinaan tingkat ketiga Masjid Darussalam berkeluasan 80 kaki x 40 kaki dengan anggran kos RM300,000 iaitu merangkumi:
a) Pembinaan kelas pengajian
b) Sistem pendawaian dan peralatan elektrik
c) Meja, kerusi, papan putih dan peralatan-peralatan pembelajaran yang lain
d) Pembinaan tangga
Dengan berjayanya projek ini, pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa dan sekolah dapat menambah kapasiti pelajar bagi menampung permintaan orang ramai.
Kami, para pendidik dan murid MTAD mengucapkan Jazakumullah Khairan Khathiran di atas segala sumbangan para dermawan dan kami doakan segala Amal Jariah Tan Sri/ Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan akan dibalas dengan pahala yang berterusan dan berlipat kali ganda hendaknya. Amin.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Kami memulakan pembinaan tangga yang menghubungkan tingkat 3 bangunan. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan berterusan di masa akan datang.
Alhamdulillah, kami telah memulakan pembinaan untuk Masjd Darussalam setelah mendapat dana bantuan dari orang ramai. Ini adalah proses permulaan pembinaan dan kami berharap agar ia dapat disiapkan supaya orang awam akan dapat menggunakannya.
Teruslah menyumbang demi manfaat semua. Jom #BuatBaik!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2022
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 15, 2022