INFAQ PROGRAM FOODBANK DI MASJID

RM515 / 17.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program BANTU ASNAF JOHOR melalui FOODBANK program yang dianjurkan untuk membantu mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang yang melampau dan bagi melegakan sedikit bebanan kewangan asnaf.


Program sumbangan barangan asas anjuran Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor ini adalah satu program yang dirangka bagi membantu sahabat-sahabat kita dari golongan asnaf yang terkesan akibat inflasi yang meningkat naik.



Kenaikan harga barangan makanan yang hampir-hampir tidak terkawal menyebabkan kuasa beli rakyat semakin terhakis. Apatah lagi kenaikan harga barang makanan ini melibatkan barangan makanan asas yang pada dasarnya adalah barangan wajib untuk dibeli bagi keperluan makanan harian. Harga minyak masak, telur, ayam dan lain-lain barangan yang terus meluncur naik menyebabkan bahagian kuasa beli rakyat semakin berkurangan.



Melihatkan kepada konsep meletakkan hidangan di atas meja, maka pihak pertubuhan terpanggil untuk membantu mereka yang terkesan di sekitar Johor ini. Kami menyasarkan lebih kurang 100 keluarga untuk kami bantu. Bantuan ini hanya sekadar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Pastinya yang penting adalah anak-anak mereka yang menjadi generasi penyambung harapan negara.




“Tidak akan berkurang harta dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2025

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2025

Kempen Sumbangan Tamat