Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Jan 03, 2024
RM19,563 / 3.91 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
596 Penyumbang
60 Baki Hari
RUMAH ALLAH DIBOM! DISERANG! DIKOTORKAN KESUCIANNYA DENGAN HUJAN PELURU
Cebisan daging manusia bertaburan di jalanan berhampiran masjid yang dihujani serangan peluru berpandu dari rejim Zionis.
Tempat suci mengerjakan ibadah dikotori dengan kejijikan dan kekejaman tentera zionis yang menceroboh,mengebom dan terus mengebom rumah Allah SWT yang berada di sekitar bandar Palestin.
Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) musnah akibat serangan bom tentera Israel.
“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrael.
Namun, kita tidak akan pernah berhenti! Jutaan peluru tidak akan mampu menghentikan semangat dan usaha kita dalam membina dan membina tempat ibadat kepada rakyat Palestin yang setiap hari dicengkam kekejaman Israel.
Kemusnahan yang dilakukan adalah isyarat yang mereka telah memijak, mencemar dan memijak nilai dan kesucian agama Islam. Mereka hilang tempat beribadah, tempat berlindung yang selamat dan diibaratkan maruah Islam kita dipijak dan diludah.
MAHU LIHAT TENTERA LAKNATULLAH INI LAKUKAN KEPADA MASJID-MASJID DI PALESTIN?
BIAR GAMBAR-GAMBAR INI BERBICARA..
Kemusnahan demi kemusnahan seumpama menghina tempat suci untuk umat beribadah ini
Tentera rejim zionis meneceroboh dan memusnahkan masjid di bandar Gaza
Atas sebab ini, tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk meminta bantuan orang ramai dalam mengumpul dana buat pembangunan masjid buat warga Palestin.
Sekumpulan kanak-kanak lelaki di kawasan runtuhan Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza yang dibom oleh tentera rejim Zionis.
Kempen ini menyasarkan dana pembangunan sebuah masjid yang berjumlah RM 1 Juta dan pengumpulan dana ini akan dijalankan secara berperingkat. Fasa yang pertama menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 dahulu. Masjid ini akan dibina untuk dijadikan tempat beribadah kepada masyarakat Palestin...
…dan pembinaan masjid ini juga adalah isyarat laungan yang UMAT ISLAM TIDAK AKAN MENGAKU KALAH!
Bangunan Masjid Al-Tawfeeq musnah dibedil bom yang dilancarkan oleh militer Israel ke Jalur Gaza.
Atas sebab ini, bantuan daripada anda sangat diperlukan. Ini bukan lagi perkara yang baru bagi kita, ayuh umat Islam, jangan biarkan rumah Allah SWT yang suci ini dipijak dan terus dhancurkan!
Secara tidak langsung juga sumbangan, doa dan suara anda dalam membina masjid ini yang akan menguatkan mereka untuk terus bertahan menjaga al-Aqsa dan tanah Palestin.
Ya Rabb, lindungilah & selamatkanlah saudara kami di Gaza & Palestin.
Ya Rabb, kurniakanlah syahid & syurga-Mu kepada saudara kami yang terkorban di sana.
Ya Rabb! Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu. Bantulah hamba-hambaMu. Amin Yarabbal alamin.
Ayuh saudaraku sekalian, doakan saudara kita di Palestin. Sebarkan dan bantu mereka seikhlasnya dengan sumbangan anda kepada tabung bantuan membina masjid buat masyarakat di Palestin.
"Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2024