HUMAN INITIATIVE

Dimulakan pada Aug 08, 2025

BANTU BINA MASJID UNTUK DESA PEDALAMAN INDONESIA

RM910 / 3.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ratusan warga Dusun Kedung Wungu solat di surau papan yang uzur. Bantu bina masjid kekal agar mereka dapat beribadah dengan selesa. Sumbangan anda, pahala jariah yang terus mengalir.


Di sebuah dusun terpencil bernama Kedung Wungu di daerah Grobogan, Indonesia, ratusan penduduk masih beribadah di sebuah surau kecil yang sangat daif kerana hanya diperbuat daripada papan kayu yang sudah lapuk dimakan usia.



Meskipun serba kekurangan, semangat mereka untuk menghidupkan rumah Allah tidak pernah padam. Lebih 200 jiwa di dusun ini datang ke surau setiap waktu solat dan pengajian, walaupun harus bersempit-sempit dan berdesakan. Musholla terdekat berada sejauh 500 meter, satu jarak yang menyulitkan bagi kanak-kanak dan warga emas. Oleh itu, membina masjid yang kekal dan selesa menjadi satu keperluan mendesak bagi komuniti ini.



Alhamdulillah, tanah wakaf seluas 170 meter persegi telah disiapkan dan dokumen perizinan juga telah lengkap. Namun, dari segi dana, mereka hanya mampu bergantung kepada sumbangan masyarakat setempat yang sangat terbatas. Dengan kekuatan seadanya, mereka membina struktur awal dari papan kayu. Namun, ia tidak mampu bertahan lama.



Inilah peluang kita untuk merebut pahala jariah yang berpanjangan. Bantu mereka memiliki masjid yang lebih kukuh, selesa, dan layak sebagai tempat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sabda Nabi SAW:


"Barangsiapa membina masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar tempat burung bertelur, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 12, 2025

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2025

Kempen Sumbangan Tamat