BANTUAN BINA SEMULA MASJID SEMOP FASA 2

RM7,622 / 0.76 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

379 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama-sama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita,malah untuk kebaikan umat Islam.


Sumbangan fasa 2 ini dilancarkan untuk mengutip dana tambahan bagi memastikan pembinaan masjid baru di Kampung Semop dapat dilaksanakan dengan segera untuk kemudahan penduduk di situ. Kos pembinaan masjid yang mempunyai struktur banggunan yang kukuh dan juga disebabkan masalah logistik untuk membawa bahan binaan ke kawasan berkenaan telah menyebabkan sasaran kos awal telah meningkat.


Kawasan berkenaan yang hanya dapat dilalui dengan menggunakan jalan air menyebabkan kos pembinaan semakin mahal. Ditambah pula pihak kami dan juga pihak JKKK kampung telah bersetuju untuk kita membina sebuah masjid yang diperbuat 100% daripada bahan konkrit bagi memastikan pengalaman lepas tidak berulang di mana masjid hasil binaan kayu tersebut musnah dalam sekelip mata sahaja berikutan keadaan api yang cepat menyambar struktur kayu-kayu tersebut.



Sumbangan ini akan diserahkan kepada jawatankuasa pengurusan masjid bagi tindakan susulan dan perancangan untuk membina masjid baru mengikut kapasiti dan bajet sedia ada. Besar harapan kami untuk kita sama menyumbang seikhlas hati bagi membantu mereka yang dalam kesusahan kerana ketiadaan kemudahan tersebut. Sedikit sumbangan daripada anda mampu untuk meringankan bebanan mereka. Moga sumbangan kita tersebut menjadi asbab kebaikan untuk kita dan orang lain.


Pada fasa pertama, pihak kami telah menyerahkan 2 cek bernilai RM10,000.00 pada bantuan awal dan bakinya RM29,577.00 pada serahan kali kedua kepada pihak pengurusan masjid dan JKKK kampung. Bantuan tersebut telah diserahkan oleh timbalan pengerusi Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu. Sehingga ke hari ini, masjid baru tersebut tidak dapat disiapkan berikutan kekurangan dana bagi meneruskan projek berkenaan dan pihak kami cuba memainkan peranan di bahagian kami dengan cuba membantu dan di harap usaha kami ini turut di sokong oleh tuan/puan sekalian dalam kita memastikan usaha berkenaan dipermudahkan atas izin Allah swt.



Sumbangan yang bernilai RM 1,000,000 tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan dan juga pembelian kelengkapan dalaman yang sepatutnya bagi kegunaan masjid tersebut. InshaAllah pengurusan masjid telah memberikan jaminan bahawa setiap dariapada dana tersebut akan digunakan sebaiknya. Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat