BANTUAN BINA SEMULA MASJID KAMPUNG SEMOP FASA 4

RM2,615 / 13.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

159 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

InshaAllah moga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama-sama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita, malah untuk kebaikan umat Islam.


Sumbangan fasa 4 ini dilancarkan sebagai kesinambungan untuk meneruskan fasa yang sebelumnya di mana sasaran kutipan belum mencapai seperti yang diperlukan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengutip dana tambahan bagi memastikan pembinaan masjid baru di Kampung Semop dapat dilaksanakan dengan segera untuk kemudahan penduduk di situ.


Kos pembinaan masjid yang mempunyai struktur bangunan yang kukuh dan juga disebabkan masalah logistik untuk membawa bahan binaan ke kawasan berkenaan telah menyebabkan sasaran kos awal telah meningkat. Pada fasa 3, jumlah kutipan adalah sebanyak RM2800 daripada sasaran awal iaitu sebanyak RM15,000. InshaAllah pada kutipan fasa 4 ini kelak akan mendapat lebih lagi hasil sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian bagi membantu saudara Islam kita di daerah Daro.



Hasil sumbangan orang ramai pada fasa 3 yang lalu.



Proses pembinaan Masjid Kampung Semop di tapak baharu yang lebih sesuai untuk keselesaan masyarakat di situ.


Kawasan berkenaan yang hanya dapat dilalui dengan menggunakan jalan air menyebabkan kos pembinaan semakin mahal. Ditambah pula pihak kami dan juga pihak JKKK kampung telah bersetuju untuk membina sebuah masjid yang diperbuat 100% daripada bahan konkrit bagi memastikan pengalaman lepas tidak berulang di mana masjid hasil binaan kayu tersebut musnah dalam sekelip mata sahaja berikutan keadaan api yang cepat menyambar struktur kayu tersebut. Setakat ini hampir 25% struktur masjid berkenaan telah siap dibina sehingga 26 September 2022 yang lepas. InshaAllah jangkaan siap masjid berkenaan ialah pada penghujung tahun 2023.



Penyerahan lampu solar dan vacuum cleaner untuk kegunaan di masjid sementara Kampung Semop bagi keselesaan jemaah.


Sumbangan orang ramai ini kelak akan diserahkan kepada pengurusan masjid untuk mereka membeli kemudahan dalaman masjid baru yang akan digunakan seawal tahun 2024 kelak setelah ianya diserahkan oleh pihak JKR kepada pihak pengurusan masjid. InshaaAllah semoga segala urusan baik pulih masjid berkenaan akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

ROZIAN BINTI MOHAMED SHARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat