MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH

Dimulakan pada Jun 15, 2022

RAYUAN SUMBANGAN MADRASAH MUSLIMAT

RM720 / 14.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami pihak Madrasah Saidatina Khadijah memohon sumbangan daripada para dermawan bagi menampung kos operasi bulanan madrasah. Kos operasi bulanan terdiri daripada bahan mentah, utiliti serta lain-lain.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Madrasah Saidatina Khadijah adalah madrasah yang ditubuhkan khusus buat para muslimat (banat). Sebuah madrasah yang unggul, yang mampu melahirkan para hafiz-hafizah & alim-alimah yang sentiasa bersedia mewakafkan diri, tenaga, harta dan masa bagi meninggikan Allah dan syiar Islam.



Mengukuhkan konsep pengajian yang berteraskan akidah suci solafus soleh dengan mengadakan pengajian salaf dan khalaf serta menjaga tertib bersanad dan bertalaqi. MASKA memberi tumpuan kepada bacaan dan hafazan Al-Quran kepada pelajar bermula seawal umur 13 tahun. Madrasah Saidatina Khadijah ditubuhkan bagi memartabatkan Al-Quran agar terbentuknya satu ummah yang mencintai Allah dan Rasulullah S.A.W serta mengamalkannya dalam aspek kehidupan dunia demi mencapai kebahagiaan akhirat.



Kami di pihak Madrasah Saidatina Khadijah, memohon sumbangan daripada para dermawan bagi menampung kos operasi bulanan madrasah yang mencecah RM5000.00. Oleh kerana ramai pelajar yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, yuran mereka terpaksa kami kurangkan. Terkesan daripada itu, pihak madrasah terpaksa mencari inisiatif lain bagi mencukupkan kos operasi bulanan. Kos operasi bulanan yang terdiri daripada bahan mentah, utiliti, elaun guru yang berkhidmat dan banyak lagi. 



Kami mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih andai tuan dan puan sudi untuk menginfaqkan sedikit sumbangan kepada madrasah kami untuk bertahan. Kami menerima sumbangan pelbagai bentuk samada wang ataupun barangan. Kami juga menerima andai tuan dan puan ingin datang berziarah ke madrasah kami. Terima kasih. 



“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat memanjangkan umurnya, dapat mencegah kematian yang tidak baik (su’ul khotimah). Allah SWT akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.“(HR. Thabrani).

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2022

EREN JAEGER

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jul 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat