YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Dimulakan pada Jul 22, 2022

INFAQ MATTAS TAHFIZ DAN TURATH REMBAU

RM3,840 / 0.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

149 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan menyediakan fasiliti dan persekitaran yang selesa buat penuntut ilmu al quran dan hadis agar mereka mendapat kehidupan yang terbaik seterusnya menjalani pengajian dengan tenang.


Pada masa ini, para pelajar sedang tekun mendalami Pengajian Mukhtasar al Tibyan fi Adab Hamalah al Quran karangan Imam Nawawi oleh Ustaz Muhammad Amir Naqiuddin bin Amir Zuhairi al Hafiz.Kitab ini antaranya menerangkan adab-adab membaca, belajar Al-Quran, adab-adab bagi murid dan guru, panduan mengamalkan dan menjalankan tuntutan dan hukum al Quran supaya para penuntut al-Quran mendapatkan manfaat sebesar-besarnya.Semoga setiap saat anak-anak ini menuntut ilmu al-Quran, sentiasa mengalir pahalanya kepada anda semua.



Walaupun RM1, tetap bermakna buat ahli ilmu. Walaupun kecil jumlahnya, namun ia sangat besar dan berharga buat ahli ilmu. Nilai inilah yang menjadi asas kepada pembinaan Maahad Tahfiz dan Turath As Sofa, Rembau yang semakin rancak dibangunkan.



Jom, jadi sebahagian daripada pembinaan madrasah al Quran dan turath ini. Puluhan pelajar sedia ada sedang menunggu pusat pengajian mereka. Pembinaan ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan anda semua. Kami memerlukan dana untuk pembinaan dan sekiranya anda bersama kami, pasti ia dapat disiapkan segera. Pembinaan Maahad Tahfiz dan Turath As Sofa Rembau ini bertujuan:-

1. Menempatkan pelajar untuk mendalami al Quran dan kitab Turath

2. Menekankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah

3. Mendalami ilmu daripada guru bersambung sanad dengan Rasulullah ﷺ



Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah ﷺ melahirkan ulama'. Kami dengan rendah hati memohon sumbangan daripada masyarakat Islam di luar sana bagi membantu menjayakan projek ini. Projek ini akan menjadi nadi buat pelajar tahfiz sepanjang mereka menuntut ilmu. Projek menaik taraf fasiliti ini bertujuan untuk menjadikan MATTAS sebagai sebuah institusi pengajian yang lebih selesa buat generasi muda menuntut ilmu al Quran. InsyaAllah, semoga pahala berterusan mengalir buat mereka yang menyumbang.



Betapa besarnya kelebihan bagi orang yang menginfaqkan hartanya sehingga para Malaikat sendiri mendoakan bagi mereka. Bertuahlah kita jika walaupun telah meninggal dunia, tapi pahalanya terus mengalir ke syurga. Inilah janji Allah untuk orang yang berinfaq.Oleh yang demikian,dengan berinfaq bersama-sama As Sofa sejuk hati lihat anak-anak Maahad Taufiqi, Rembau menuntut ilmu dan mendalami Al Quran dengan hasil tajaan anda, mereka dapat belajar dengan selesa dan sempurna.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat