YAYASAN ACEH MORINGA CENTER

Dimulakan pada Oct 03, 2023

SEDEKAH SUBUH DI BULAN MAULIDUR RASUL UNTUK ANAK KESAYANGAN NABI

RM107 / 3.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dengan memberi infaq, anda turut serta membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak yatim di bulan Maulidur Rasul ini. Jom bantu kami!


Di bulan yang penuh barakah ini, kita mengenang peristiwa agung yang melambangkan cinta dan kasih sayang Nabi Muhammad SAW iaitu Maulidur Rasul. Inilah masa yang sesuai untuk kita merenung ajarannya dan mengikut jejak langkahnya dalam berkongsi kebaikan. Salah satu cara yang paling bermakna adalah dengan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang sedang menghafaz Al-Quran di pondok pesantren Aceh.



Aceh, juga dikenali sebagai Serambi Mekah di mana merupakan salah satu provinsi di Indonesia yang mempunyai tradisi Islam yang kuat. Di tengah-tengah keindahan alam dan budaya yang unik, terdapat pondok pesantren tempat anak-anak yatim belajar dan menghafaz Al-Quran. Mereka adalah generasi yang bersemangat untuk meneruskan perjalanan rohani mereka, tetapi mereka juga memerlukan sokongan kita.



"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk dan nafkahkanlah pada yang buruk-buruk sekalipun. padahal kamu sendiri tidak akan menerimanya kecuali dengan memicingkan mata (kepada kebaikan) padahal Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

(Al-Baqarah 2:267)



Rasulullah SAW juga banyak memberi pengajaran tentang kepentingan mendidik generasi muda dan memberi kepada mereka yang memerlukan. Satu hadis yang relevan ialah:


"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR. Ahmad)



Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu anak-anak yatim yang menghafal Al-Quran di Aceh untuk meneruskan perjalanan dan mengembangkan kecintaan mereka terhadap ajaran agama. Marilah kita bersama-sama memberikan cahaya harapan kepada mereka dan menjadikan pendidikan agama sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka yang tidak dapat dipisahkan.


Dengan memberi infaq, anda turut serta membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak ini dan anda juga mengikuti ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah dalam beramal. Semoga Allah SWT membalas budi anda berlipat kali ganda dan memberkati anda sekeluarga. Terima kasih atas sokongan anda yang tidak ternilai.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat