PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL IHKLAS

Dimulakan pada Jul 11, 2023

MARI BANTU ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN

RM9,672 / 19.34 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

456 Penyumbang

74 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka amatlah perlukan bantuan anda semua untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa kasih sayang daripada seorang ibu dan ayah. Anak anak yatim miskin sedang menanti bantuan daripada anda. Jom bantu!


Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas mempelawa orang ramai untuk bersama-sama membantu rumah anak anak yatim miskin dengan menyalurkan keperluan asas harian mereka. Jom hulurkan bantuan.


"Adanya keutamaan bersedekah kepada anak anak yatim ini ditegaskan oleh Rasullah S.A.W. Bersikaplah kepada anak anak yatim, seperti seorang bapak yang penyayang." (HR Bukhari)


Selain itu, Rasulullah SAW mengatakan keutamaan bersedekah kepada anak yatim akan mendekatkan seseorang Muslim dengan Rasullullah SAW di syurga.



Melihat kehidupan anak-anak yatim miskin kami dari Pertubuhan Kebajikan Al-Ihklas terpanggil untuk menjalankan aktiviti membantu mereka dari segi bantuan sumber makanan dan juga sumber kewangan. Jiwa siapa saja yang tidak diruntun kesedihan apabila melihat anak anak ini terpaksa membesar dengan tanpa kasih sayang dari seorang ibu dan ayah, mereka hanya mampu menumpang kasih dari pihak penjaga. Oleh yang demikian, kita haruslah sama sama membantu pihak penjaga bagi meringankan tanggungan mereka. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan amatlah perlukan sokongan dari kita semua baik dari segi kewangan ataupun kasih sayang. 



Program ziarah telah kami jalankan di beberapa buah rumah anak anak yatim di Alor Setar, syukur kita dapat santuni mereka dengan lebih dekat dan dapat bercerita serta berkongsi cerita bersama mereka. Di samping itu, kami dapat soal selidik apakah masalah yang mereka hadapi dan bagaimana bantuan yang harus diberikan bagi meringankan tanggungan pihak pusat jagaan rumah anak anak yatim. 


Melihat kehidupan anak-anak ini, telah mendorong pihak Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas memberi bantuan makanan asas kering seperti beras, bihun, minyak, gula, susu, tepung gadum, telur, biskut. Keperluan harian mereka seperti sabun cuci, sabun mandi, syampu, ubat gigi dan lain lain keperluan lagi. Kami juga seringkali mengadakan jamuan makan kepada kanak kanak ini bagi mengembirakan hati mereka. 



Pertubuhan kebajikan Al Ihklas juga memberi bantuan kepada semua golongan masyarakat tidak mengira agama dan bangsa, kami juga memberikan bantuan sumber makanan atau sumber kewangan kepada semua jenis rumah anak anak yatim di sekitar kami dan seluruh Malaysia. 


Oleh itu besar harapan kami sekiranya anda dapat bersama sama menjayakan program bantuan kepada rumah anak-anak yatim miskin demi melihat anak yatim ini terus dibantu. Rezeki itu milik Allah, semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain semakin Allah memudahkan rezeki kita, bukan kerana kita cukup lalu kita bersedekah tetapi kerana kita bersedekah kita jadi cukup.



Oleh itu, besar harapan kami sekiranya anda dapat bersama-sama menjayakan program bantuan rumah-rumah anak yatim miskin demi melihat anak-anak ini terus dibantu dari masa ke semasa. Semoga sumbangan yang dihulurkan akan dibalas ganjaran yang besar olehNYA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 21, 2024