MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 10, 2023

INFAQ MEMBANTU ANAK ANAK TAHFIZ YATIM MENUNTUT ILMU

RM120 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH GANDAKAN AMAL DENGAN SAHAM BERPANJANGAN BERSAMA INFAQ UNTUK ANAK-ANAK YATIM DI MAAHAD KAMI. MARI BERBUAT KEBAIKAN BAGI MERAIH JALAN PINTAS MASUK KE SYURGA BERSAMA NABI SAW SEDEKAT DUA JARI.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru saudara-saudari untuk menghulurkan sumbangan kepada 22 orang anak-anak yatim yang sedang menempuh pendidikan tahfiz di maahad kami. Anak-anak ini adalah aset berharga dalam masyarakat, dan bantuan kalian dapat memberikan manfaat yang besar dalam kehidupan mereka serta membantu mereka meraih keberkatan dalam mempelajari Al-Quran.



Anak-anak yatim ini adalah insan yang menjalani kehidupan menuju kedewasaan tanpa adanya ayah yang merupakan tulang belakang utama pencari nafkah dalam keluarga. Oleh itu, dengan berbuat baik kepada mereka dapat membantu mereka menjadi generasi yang berpendidikan dan bermanfaat bagi umat dan agama. Sebesar apapun sumbangan kepada anak yatim ianya akan dapat memberikan semangat hidup bagi mereka bahawa masih ada saudara-saudaranya yang seiman mempunyai kepedulian terhadap mereka.



Cinta kasih dan kepedulian yang dihulurkan kepada anak yatim ini sesungguhnya akan membuka peluang masuk syurga bersama Nabi SAW sedekat dua jari, sesuai dengan sabdanya:


“Aku dan pengasuh anak yatim kelak di surga seperti dua jari ini.” Rasulullah bersabda demikian sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya. (HR. Bukhari)



Di maahad ini anak-anak yatim ini setiap hari belajar Al-Quran, menghafal Al-Quran dan juga belajar berusaha untuk mencintai Al-Quran. Anak-anak yatim ini adalah tetangga kita dalam masyarakat kita dan memberikan bantuan pendidikan kepada mereka adalah salah satu cara untuk memuliakan mereka. Semoga Allah SWT menerima semua amal baik ini dan memberikan pahala yang besar kepada para dermawan serta memasukkan kalian ke dalam syurga-Nya. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

MUHAMMAD AIDIL SYAH BIN MOHAMAD AFINDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat