LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA

Dimulakan pada Mar 02, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN YATIM DAN ASNAF MISKIN MEMBELI PAKAIAN BARU

RM745 / 21.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500

53 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

DENGAN SEGALA RENDAH HATI KAMI MENJEMPUT TUAN/PUAN AGAR DAPAT MEMBERI BANTUAN PAKAIAN BARU KEPADA PELAJAR MISKIN DAN TAHFIZ QURAN.


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا


Maksudnya, "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan." (Surah Al A'raf Ayat 26)


Ayat di atas merupakan perintah Allah kepada kita semua sebagai umat Islam supaya menjaga kehormatan diri dan keluarga kerana dalam Islam wajib menutup aurat lelaki dan perempuan. Para penderma yang dirahmati Allah SAW, anda dapat lihat tidak semua pelajar LPQ Al Huda memakai pakaian muslimah kerana dana kami terhad untuk mendapatkan pakaian seragam ini. Pakaian seragam ini bertujuan untuk menyamakan pelajar Tahfiz Quran antara satu sama lain kerana bukan kesemuanya berasal daripada keluarga yang lengkap dan berkemampuan.



Ini menyebabkan kami terpaksa menyediakan pakaian muslimah percuma untuk pelajar LPQ Al Huda. Kami bukan sahaja menyediakan pakaian percuma tetapi kami juga cuba menyediakan alatan pembelajaran percuma dan alat bantu mengajar percuma untuk pelajar LPQ Al Huda. Selain itu, kami juga membuat program makan bersama secara ringkas kerana dari awal LPQ Al Huda tidak mempunyai sebarang penderma kecuali wang dari pengurusan LPQ Al Huda.



Selain itu, LPQ Al Huda berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kemudahan yang terbaik untuk pelajar. Cuma pada masa ini LPQ Al Huda tidak dapat menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih sempurna. Namun begitu, kami tetap akan berusaha untuk melakukan perkara ini agar pelajar Tahfiz Quran kekal selesa dan meningkatkan semangat mereka dalam mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Semoga mereka semua dapat menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat mengikut profesion masing-masing di masa hadapan dan berguna untuk nusa, bangsa, agama dan keluarga. 




Dengan segala kerendahan hati, pihak pengurusan LPQ Al Huda mengajak umat Islam agar dapat bersedekah dan meringankan beban anak yatim dan fakir miskin. Mereka adalah anak-anak yang menjadi harapan kita untuk kegemilangan Islam di masa hadapan. Semoga Allah merahmati kita semua. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

HAMBA ALLAH HAJJAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat