Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Apr 29, 2025
RM600 / 20.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada para muslimin dan muslimat sekalian untuk berinfaq pembelian ayam segar buat para pelajar tahfiz kami di sini yang terdiri seramai 30 pelajar lelaki dan perempuan termasuk guru. Sedikit sebanyak dengan sumbangan orang ramai kepada maahad ini dapat meringankan kos pembelanjaan sara hidup mereka.

Sumbangan ayam segar dapat membekalkan sumber protein yang terbaik untuk anak-anak ini, serta dapat meringankan beban kos pembelanjaan pihak maahad dalam menampung keperluan asas harian makanan di maahad tahfiz yang serba kekurangan ini. Kami berharap orang ramai dapat sama-sama manfaatkan harta untuk berkongsi rezeki dengan berinfaq kepada maahad tahfiz untuk mendapatkan ayam segar yang mencukupi buat anak-anak syurga ini.

“Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah SWT akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
(Hadis Riwayat al-Thabrani)

Marilah kita rebutkan peluang ini dengan memberi sedikit infaq dan sumbangan. Mudah-mudahan apa sahaja yang kita lakukan ini, Allah SWT akan memberikan kepada kita segala kebaikan dunia mahupun di kehidupan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 02, 2025
HANAFI HAMID
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 02, 2025
MOHD SAIFUDIN MD NOOR
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 02, 2025