Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA
Dimulakan pada Jan 12, 2023
RM1,095 / 21.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, bantuan dari Tuan/Puan sumbangan.com tahap 1 telah kami sampaikan terus kepada Adik Nia. Antaranya digunakan untuk membayar hutang yuran pondok pesantren pada bulan Disember dan juga ansuran untuk Januari 2023. Berbeza dengan pelajar lain yang telah melunaskan perbelanjaan selama 1 tahun di pondok pesantren, adik Nia yang dibiayai oleh ibu bapa angkatnya hanya mampu membayarnya selama beberapa bulan. Malah hingga berhutang kerana pendapatan tidak menentu apatah lagi membayar yuran persekolahan anak sendiri.
Selain itu, sumbangan yang kami terima daripada Tuan/Puan di sumbangan.com, kami belanjakan untuk keperluan harian adik Nia semasa di pondok pesantren termasuk membeli sabun mandi dan sabun basuh pakaian, makanan ringan roti, pakaian muslimah, pakaian seragam sekolah dan alat tulis serta perlengkapan sekolah. Selain itu juga untuk kos pengangkutan menghantar adik Nia ke pondok pesantren.
Kutipan derma ini adalah yang kedua kami lakukan khusus untuk membiayai pendidikan pelajar di pondok pesantren termasuk adik Nia yang tinggal bersama orang lain tanpa kasih sayang ibu bapa kerana ibu bapanya bercerai dan kos sara hidup juga perlu ditanggung oleh orang lain yang hanya berniaga kecil-kecilan. Bagi agihan hasil kutipan derma, ia dirancang untuk membayar perbelanjaan semasa berada di pondok pesantren untuk bulan Februari dan beberapa bulan akan datang. Kitab-kitab, buku, peralatan mandi dan mencuci serta kos lain.
Melalui laman sumbangan.com, kami mengajak semua muslimin dan muslimat di mana-mana, agar dapat membantu Adik Nia menyelesaikan pendidikan agama di pondok pesantren. InsyaAllah sumbangan ikhlas daripada anda semua akan menjadi amal jariah untuk anda dan kita semua. Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dari Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
"Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari kesusahan dunia orang mukmin, Allah akan menghilangkan kesusahan dari kesusahan hari kiamat". (HR. Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM500.00
Jan 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 17, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2023