ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 19, 2022

TABUNG DERMA PENGHUJUNG TAHUN UNTUK ASNAF

RM465 / 15.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari berkhidmat di penghujung tahun dengan bersedekah, inshaAllah manfaat dan keutamaannya menjauhkan kita dari pada keburukan!


Assalamualaikum Tuan dan Puan, tahukah anda apa saja keutamaan sedekah. Sekalipun orang yang sudah maut akan meminta hidup kembali untuk bersedekah. Sebagaimana firman Allah SWT yang tercantum di dalam Al Quran Surah Al-Munaafiqoon ayah 10:


"Dan nafkahkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum ajal datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau tangguhkan kematianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, agar aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh."



MashaAllah sudah pasti kita tidak ingin merugi hidup di dunia yang fana ini. Kesibukan di dunia kadang membuatkan kita lupa. Jangan sampai kita menyesal melewatkan sedekah semasa hidup. Di penghujung tahun 2022 ini, khalayak ramai sering kali merayakan pergantian tahun. Walaupun umat Muslim tidak merayakan, tetapi kita terikut untuk mengisi hari cuti penghujung tahun. Jangan sampai kita lalai dan terlarut dalam hingar bingar. 


Bermula dari ingin menjaga kita dari pada kelalaian itu, Asar Humanity mengajak Tuan dan Puan untuk bersedekah sebagai salah satu amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu rahmatNya. InshaAllah sedekah ini akan diagihkan untuk bantuan makanan dan keperluan asas saudara-saudara yang membutuhkan. Di antaranya adalah anak yatim, tahfiz Al Quran, warga emas, orang kurang upaya (OKU), warga terjejas bencana, korban kecemasan dan golongan asnaf lainnya.






Sedekah makanan sebagai sedekah yang diutamakan inshaAllah akan melipatgandakan keberkahan dari rezeki yang anda sisihkan. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat