PASAR PERCUMA MERDEKA

Dimulakan pada:
10 Aug, 2021
PASAR PERCUMA MERDEKA
37.12%
RM1,856
/RM5,000
60
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Pasar Percuma @ Merdeka adalah satu initiatif untuk memberikan "lauk percuma" seperti daging, ikan, telor dan sayur-sayuran kepada mereka yang terjejas atau tiada pendapatan kerana PKP / Covid-19.

PASAR PERCUMA @ MERDEKA

Rakyat Malaysia amatlah pemurah. Semua orang kini buka food bank atau menyumbang dalam apa cara pun untuk membantu mereka yang terjejas kerana PKP / Covid-19.

Tetapi ramai yang memberi makanan kering sahaja seperti beras, tepung, gula dan sebagainya. Tiada yang beri barang basah untuk dijadikan lauk.

Selain sardin dan telor, ada yang mengadu sudah lama tak makan ikan, harga ikan pula sangat mahal. Dalam keadaan masih dicutikan atau dibuang kerja kerana Covid-19, emosi mereka terganggu kerana tidak dapat makan sedap seperti dahulu.

PERKIM BTP juga memberi bantuan makanan kering. Tetapi bersempena Merdeka ini, kami berhasrat untuk memberi barang basah seperti daging, ikan, telor, ikan bilis, bawang dan sayur-sayuran melalui konsep "Free Market" untuk mereka yang layak mendapatkan bekalan barang dapur untuk dijadikan lauk.

Sasaran kami hanyalah RM5,000.

Kami merayu sumbangan ikhlas anda untuk menjayakan Pasar Percuma @ Merdeka ini.

Hanya Allah mampu membalas sumbangan anda.

Laporan Kempen

08 Sep 2021

UPDATE: MERDEKA FREE MARKET

Alhamdulillah, Pasar Percuma Merdeka telah dilaksanakan pada 31/8/2021, dimulakan nyanyian Negaraku oleh ahli-ahli PERKIM dan mereka yang datang mengambil barang dapur (basah).

Seramai 160 orang yang terjejas kerana Covid-19 telah mendapat manfaat Pasar Percuma ini yang terdiri dari berbilang kaum (Melayu, Cina, India dan lain-lain).

Ahli Parlimen dan beberapa orang kenamaan turut hadir memberi  sokongan kepada Pasar Percuma ini.

Terima kasih atas sumbangan anda semua. Hanya Allah mampu membalas jasa anda.

Insya Allah, atas permintaan ramai, kami akan mengadakan Free MArket 2.0 pada Hari Malaysia pula. Kami sangat mengharapkan sokongan anda sekali lagi kerana kali sasaran kami adalah 300 orang yang memerlukan.

16 Aug 2021

Alhamdulillah, PERKIM BTP telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur dan telur sepapan kepada 7 buah keluarga di sekitar BTP, Kota Puteri dan Puncak Alam. Telur adalah hasil sumbangan hamba Allah. Semoga para penyumbang dimurahkan rezeki.

Kami sedang membuat persiapan untuk memberi barang basah pula seperti daging, ayam, ikan, ikan masin, sayur dan lain-lain kepada 100 orang yang terjejas kerana Covid-19, yang tiada pendapatan dan sebagainya melalui program Pasar Percuma @ Merdeka (Merdeka Free Market).

Sokongan anda amatlah diharapkan untuk menjayakan program ini.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH PAKAIAN HARI RAYA UNTUK ANAK YATIM DAN TAHFIDZ QURAN
RAYUAN SUMBANGAN DERMA PEMBINAAN ASRAMA MAAHAD TAHFIZ
SOKONG PUSAT BELAJAR AL QURAN DI LOMBOK BARAT DAN DESA LAINNYA
SEDEKAH IFTAR UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN KHAS BULAN RAMADHAN
INFAQ JAMUAN BERBUKA PUASA ANAK ANAK MADRASAH
Kempen Sumbangan Tamat