Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN DAKWAH SAHABAT ALKAHFI
Dimulakan pada Dec 08, 2024
RM62 / 0.31 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
4 Penyumbang
13 Baki Hari
Bersama-sama dengan Pertubuhan Dakwah Alkahfi (PEDASAK) yang berpusat di Seksyen 10 Wangsa Maju, kami menyeru semua muslimin dan muslimat untuk bersama bergabung dalam usaha membantu meringankan beban dengan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Objektif PEDASAK adalah menyalurkan sumbangan beras melalui penggunaan sistem Automated Machine ATM yang menggunakan Radio – Frequency Identification (RFID) dengan menggunakan kad yang diagihkan kepada golongan asnaf, OKU dan warga emas yang tidak berkemampuan.
Mari bersama-sama menjadikan tanggungjawab kali ini lebih bermakna dengan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan dari muslimin dan muslimat akan membawa keberkatan dan redha Allah SWT kepada mereka yang memerlukan dan usaha pahala yang berpanjangan hingga ke akhirat kelak.

Bantuan beras ini bukan sahaja diberi, malah PEDASAK menyeru seluruh umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dengan menarik minat masyarakat terhadap Islam dan dakwah melalui media.


Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Israa' 17 ayat 26-27)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami