MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 06, 2023

INFAQ MESIN PENAPIS AIR KEPADA MAAHAD TAHFIZ

RM10 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUHLAH BANTU ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI DENGAN MENGINFAQ MESIN PENAPIS AIR BERSIH. REBUTLAH SAHAM AKHIRAT YANG TIDAK AKAN TERPUTUS DENGAN HILANGKAN DAHAGA ANAK-ANAK TAHFIZ INI.


Di dalam Al-Quran terdapat 63 kalimah air dan ini mengisyaratkan bahawa betapa pentingnya air sebagai sumber kekayaan alam yang sangat penting. Air adalah kurniaan Allah SWT yang memiliki nilai besar dalam kehidupan manusia, binatang, dan tumbuhan. Oleh itu, pihak maahad mengajak anda yang dirahmati Allah SWT agar berkongsi nikmat air bersih dengan menghulurkan infaq untuk menyediakan kemudahan penapis air kepada pelajar muslimat yang sedang menuntut ilmu di maahad kami.




Anak-anak asnaf dan yatim adalah golongan yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada masyarakat. Mereka telah berkorban berjauhan dengan keluarga dalam mengejar ilmu agama dan dan kehidupan mereka adalah satu jihad yang mulia. Dengan adanya fasiliti penapis air di maahad akan membantu anak-anak ini mendapatkan sumber air minuman yang bersih dan selamat.



Sehubungan itu, mulai RM10 mari menyumbang untuk membantu memasang penapis air bersih bagi membekalkan air minuman yang mencukupi kepada para pelajar kami. Dengan adanya penapis air ini akan memastikan anak-anak pelajar kami mendapat akses kepada air bersih yang selamat, tetapi juga akan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan air yang tidak bersih.



Pihak maahad mengalu-ngalukan infaq daripada muslimin dan muslimat atas saling bantu membantu atas jalan Allah SWT. Semoga dengan infaq kalian membantu membakar semangat mereka berjihad di jalan Allah menjadi pembela agama Allah. Segala tindakan dan jasa baik daripada pihak anda amatlah kami hargai. Jazakumullahu khairan jaza.


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD YAKOP IKRAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat