MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Feb 01, 2022

SUMBANGAN KOMPUTER DAN KAMERA MADRASAH TAHFIZ AL QURAN DARUL FALAH

RM790 / 7.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

32 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak madrasah membuka peluang kepada para penyumbang dan pewaqaf untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala yang akan sentiasa mengalir selama komputer dan kamera digunakan.

Penggunaan teknologi masa kini seperti telefon pintar serta komputer adalah satu keperluan yang tidak asing bagi para pelajar dinihari. Ini adalah kekangan yang dialami Madrasah oleh kerana pihak kami masih menggunakan komputer jenis model lama untuk pengajaran dan juga pembelajaran. 


Assalamualaikum para dermawan sekalian, Berikutan komputer yang sedia ada di pejabat/bilik guru sudah usang, ia agak menyukarkan barisan asatizah dan guru untuk menulis surat dan kertas soalan sepanjang musim peperiksaan. Pencetak yang sedia ada juga agak bermasalah.




Kami memerlukan komputer, kamera, projector serta beberapa keperluan lain untuk tujuan siaran langsung dan rakaman untuk aktiviti pengajian umum.


Oleh itu adalah wajar sekurang-kurangnya dua buah komputer ditambah dalam bilik guru supaya kerja-kerja berkaitan dapat dijalankan dengan licin dan teratur


Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Penggerak utama kepada kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Keadaan CPU lama yang masih digunakan oleh madrasah kami


Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar dan mengajar. Lantaran itu, samada sedar atau tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-besaran cara manusia menimba, mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan. Kami memerlukan mic, kamera dan projector untuk tujuan siaran langsung dan rakaman untuk aktiviti pengajian umum. 



Pihak madrasah tidak mempunyai projektor dan hanya menggunakan papan putih 



Antara contoh komuputer yang akan dibeli oleh pihak Madrasah 





OBJEKTIF KEMPEN INI : 

• Melahirkan guru asatizah yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian.

• Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya baharu pembelajaran kendiri murid.

• Mengembangkan potensi individu guru.

• Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua guru

• Membuka minda guru agar membudayakan ICT dalam membantu pembelajaran mereka.


Permohonan ini amat wajar dilaksanakan dan diterima bagi memudahkan urusan barisan asatizah di samping menghasilkan guru-guru yang celik dengan IT.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Mar 29, 2022

APANDI B ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat