Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Feb 28, 2022
RM21,371 / 97.14 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM22,000
724 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pantai Timur Tenggelam Lagi! 😭 Mereka harapkan bantuan kita. Jom bersama ringankan beban.
Hujan lebat berterusan di Pantai Timur menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali ditenggelami air. Ramai telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kami di PPIM & bersama agensi yang terlibat telah hulurkan bantuan kecemasan agar cukup untuk mereka bertahan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama agensi-agensi lain yang turut membantu:
1. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
2. Adventure Touring Motor Sports (ATMS)
3. PDRM Balai Polis Jerangau
4. ALUCAST Team
5. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
6. SYED Foods Industry
7. Zara Awliya
8. Khadijah Kurma
9. Susu Zaitun
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum wbt Para Penyumbang,
Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, pada 1/3/2022 (Selasa) agihan sumbangan terus diteruskan. Segala urusan dari awal agihan semuanya dipermudahkan dengan bantuan sukarelawan kita daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sumbangan.com, Adventure Touring Motor Sports (ATMS), PDRM - Balai Polis Jerangau, ALUCAST Team, Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, SYED Foods Industry, Zara Awliya, Khadijah Kurma & Susu Zaitun yang tidak berhenti membantu.
Untuk hari ini kami telah mengagihkan barangan bantuan ini kepada serata penduduk Kampung Lintang, Dungun. Boleh dikatakan banjir di kawasan ini agak teruk dan paras air banjir juga agak tinggi. Sayu hati kami melihat rumah-rumah yang ditenggelami air, lebih-lebih lagi rumah yang memang terdiri daripada kayu.
Harapan kami agar dengan bantuan yang kita salurkan kepada mereka dapat membantu meringankan beban mereka.
Teruskan menyumbang!
Antara gambar-gambar yang dapat kami kongsikan untuk para penyumbang.
Assalamualaikum wbt Para Penyumbang,
Alhamdulillah, kami telah tiba di Terengganu sekitar jam 6.30 petang (Isnin). Kami terus menuju ke base station yang pertama iaitu di APM Kemaman untuk bergerak bersama dengan mereka ke PPS pertama di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok. Barangan bantuan yang dibawa telah diagihkan kepada kesemua wangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Sekeloh Kebangsaan Bukit Mentok.
Insya Allah agihan seterusnya akan diagihkan di PPS kawasan lain pula. Teruskan munyumbang di kempen ini!
Assalamualaikum wbt Para Penyumbang,
Pada 28/2/2022 kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, SYED Foods Industry, Zara Awliya, Khadijah Kurma & Susu Zaitun telah membuat persiapan untuk bergerak ke Terengganu untuk menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang tejejas di sana. Barang-barang bantuan yang perlu dibawa ke Terengganu di angkat dengan bantuan sukarelawan yang ada.
Alhamdulillah, antara barang bantuan yang dibawa adalah:
1. Retort Foods - 1500
2. Sejadah - 150
3. Telekung - 160
4. Susu bayi - 200
5. Kurma (350g) - 124
6. Mineral water - 48
7. Infaq rezeki - 25
Di bawah ini kami kongsikan sekali gambar semasa barangan bantuan dibawa masuk ke dalam lori dan 4x4 untuk paparan para penyumbang.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 01, 2022