BANTU KELUARGA ADIK ABID KEMBALI TERSENYUM

RM25,003 / 100.01 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

757 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama kami membantu dalam menjayakan kempen ini. Pilu rasanya hati melihat keadaan yang ditanggung oleh adik Abid. Jom berikan sumbangan serendah RM10 untuk beliau.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga buat kedua orang tua adik Abid Hirz Dzafri kerana harus menerima ketentuan takdir bahawa adik Abid mengalami penyakit yang jarang dialami oleh kebanyakan kanak-kanak di Malaysia iaitu jangkitan virus herpes simplex.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami amat tersentuh melihat keadaan terkini adik Abid dan juga nasib yang menimpa beliau. Ini adalah kempen perubatan pertama yang kami lakukan untuk membantu keluarga mereka. 


Adik Abid berusia 3 tahun 10 bulan dan mengalami kecacatan lumpuh seluruh badan. Keadaan ini terjadi semasa adik Abid mengalami demam yang amat panas pada 12/12/2021 dan pada hari yang sama beliau turut mengalami sawan. Keadaan menjadi amat merunsingkan dan ibunya telah membawa Abid ke hospital untuk menerima rawatan. 



Dalam keadaan yang meresahkan, doktor telah mengambil jalan terbaik untuk memberikan rawatan dan adik Abid telah dikoma selama 1 bulan. Selama 1 bulan, hanya doa dan harapan yang dipanjatkan oleh ibu dan bapanya supaya penyakit anaknya hilang dan keadaan pulih seperti sedia kala. Apabila sedar daripada koma, keadaan Abid kembali seperti bayi yang baru sahaja dilahirkan. 


Jangkitan virus herpes simplex ini telah menyebabkan antibodi dan sistem imun badan adik Abid menjadi rendah. Virus ini juga telah mengjangkiti sehingga ke otak dan menyebabkan adik Abid tidak boleh memberikan respon. Dalam keadaan sekarang, hal ini amat merungsingkan kerana virus COVID19 mudah dijangkiti serta apa-apa sahaja kemungkinan penyakit lain. 




Tiada lagi gelak tawa daripada beliau, tiada lagi tangisan atau percakapan daridapa beliau kerana di bahagian leher telah ditebuk untuk mengeluarkan kahak dan lebihan air. Hampir luluh hati seorang ibu melihat keadaan anak yang sakit. Jika ditanya, pasti setiap ibu akan berkata "biarlah aku yang sakit tapi bukan anakku". 


Kini, adik Abid hanya bergantung kepada tiub saluran susu di bahagian hidung dan juga tiub di leher untuk menyedut lebihan susu dan kahak untuk melancarkan proses pernafasan. 



Bantuan anda amat diperlukan kerana bantuan ini akan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Abid memandangkan bapanya hanya meniaga makanan dan ibunya sekarang adalah suri rumah sepenuh masa.


Dapatan bantuan ini akan digunakan untuk memberi kelengkapan seperti :

Susu skim : RM1000 / bulan 

Pampers : RM35 / minggu 


Mungkin, dimata kita kecil nilai yang mereka perlukan tetapi amat besar makna buat mereka. Ayuh bersama kami berganding bahu dalam menjayakan kempen ini. Semakin cepat kempen ini mencapai jumlah sasaran semakin cepat kita dapat meringankan beban keluarga mereka.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nur Alieya Binti Abdul Jamal

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM300.00

Mar 07, 2022

FILZAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat