Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Dec 12, 2024
RM425 / 10.63 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Selepas banjir besar yang melanda Pantai Timur, khususnya Kelantan, Terengganu, dan Pahang, ramai penduduk terjejas memerlukan sokongan untuk memulihkan kehidupan mereka. NGO Komuniti Ihsan melaksanakan Misi Program Pasca Banjir 2024 untuk membantu komuniti terkesan memulakan semula kehidupan mereka dengan lebih baik.

Misi Pasca Banjir mempunyai objektif bagi pemulihan infrastruktur, membantu kerja-kerja pembersihan rumah, sekolah, dan masjid yang terjejas serta membekalkan peralatan pembersihan seperti penyembur air, sabun, dan sarung tangan.
Kami akan menyediakan kit bantuan pasca banjir yang mengandungi barangan seperti, makanan kering dan air bersih, selimut, pakaian, dan tilam. Selain itu, barangan kebersihan seperti sabun, tuala wanita, dan lampin bayi turut akan disediakan.

Di samping itu, melalui program ini juga, kami akan memberikan sokongan kewangan atau bahan binaan untuk membaik pulih rumah yang rosak serta membekalkan perabot asas seperti katil, tikar, atau meja.

Sehubungan itu, program ini juga akan bantu memberikan bantuan modal atau peralatan pernbersihan dan fokus kepada pembersihan kawasan banjir dan menyediakan keperluan asas kepada mangsa, di samping membantu membaik pulih rumah dan menyokong mangsa memulakan semula kehidupan mereka.

NGO Komuniti Ihsan mengalu-alukan sukarelawan untuk menyertai misi ini bagi membantu kerja pembersihan dan pengagihan bantuan. Kerjasama dengan badan korporat, masjid, dan institusi pendidikan untuk sokongan dana dan logistik.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
JUMAATUN SAADIAH BINTI ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 13, 2024