DANA KOS OPERASI KELAS MENGAJI PERCUMA UNTUK ASNAF

RM3,650 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

204 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERINFAQ DALAM MISI PENDIDIKAN KELAS MENGAJI, ASAS IQRA DAN KELAS FARDHU AIN BAGI ANAK-ANAK MEMERLUKAN, BERSAMA KITA BERIKAN ILMU AGAMA KEPADA MEREKA AGAR DAPAT MEREKA GUNAKAN SEPANJANG HAYAT.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Tatkala anak-anak lain sedang sibuk belajar, menimba ilmu dan mendalami ilmu akademik dan agama, masih terdapat lagi golongan yang tidak berpeluang untuk mengecapi alam atau zaman persekolahan seperti anak-anak biasa dan perkara ini amatlah serius kerana ianya berkait rapat dengan masa depan agama, bangsa dan negara kita sendiri.



Oleh yang demikian, Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (PKPR Batu Pahat) terpanggil untuk menjayakan sebuah inisiatif kecil yang mana menerusi Kempen Misi Pendidikan: Kelas Mengaji, Asas Iqra, dan Kelas Fardhu Ain. Pihak persatuan menetapkan matlamat untuk membantu keluarga yang tidak berkemampuan, kelompok masyarakat yang jauh di pedalaman, serta anak-anak kecil yang memerlukan, iaitu dalam memastikan mereka dapat mempelajari asas kepada mengaji, serta asas fardhu ain yang diperlukan sebagai seorang muslim.



Pihak persatuan dengan ini menyeru masyarakat di luar sana dapatlah kiranya untuk menghulurkan sedikit bantuan dalam membantu kami untuk menjayakan usaha ini. Dalam memastikan paksi ajaran agama islam terus tersebar dan juga memastikan anak-anak yang tercicir ini mendapat asas pendidikan yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian mereka sehingga dewasa kelak.



“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai, kemudian setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurniaNya, lagi Maha Luas pengetahuanNya. “
(Surah AL-Baqarah, Ayat 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 15, 2022

KILLUA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat