PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Oct 10, 2023

JOM BERSAMA BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR

RM45 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kehidupan mereka amat sukar, perlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami ringankan beban hidup golongan miskin yang tinggal di kawasan bandar agar hidup mereka lebih baik.


Program sumbangan bantuan untuk golongan miskin bandar ini akan disasarkan kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar atau pinggir bandar di Lembah Klang dengan berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan seisi rumah. Sebahagian besar penerima sumbangan ini adalah ibu tunggal samada yang hidup berseorangan atau ada memelihara anak. Bantuan ini bukanlah pengganti kepada bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak zakat yang sedia ada namun ia sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar pada hari ini.



Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan miskin bandar yang tinggal dalam kawasan bandar atau pinggir bandar dalam negeri Selangor atau berhampiran Lembah Klang. Pengagihan sumbangan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, pengerusi masjid / surau atau pemimpin NGO setempat.



Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan miskin bandar yang hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah : ayat 2)



Oleh itu, dengan rasa kerendahan hati, kami sangat mengalu-alukan Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan agar lebih ramai golongan miskin bandar khususnya golongan ibu tunggal yang sedang membesarkan anak dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekalian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan limpahan keberkatan.



“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2023

Kempen Sumbangan Tamat