PERTUBUHAN IHSAN MADANI

Dimulakan pada Nov 15, 2023

BANTU MAAHAD NAHDATUL SYABAB AL-ISLAMIAH ALIRKAN SUMBER AIR BERSIH

RM770 / 2.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan pembinan sistem air bersih untuk kegunaan pelajar-pelajar Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah. Setiap titis air yang mengalir, menjadi pahala jariah buat anda.


Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah terletak di daerah Narathiwat, Thailand merupakan sebuah madrasah yang dibangunkan kepada pelajar-pelajar Islam Thailand untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Madrasah ini dibangunkan atas usaha umat Islam di Selatan Thai memastikan warisan ilmu agama (pengajian kitab) dapat diteruskan oleh generasi yang mendatang.




Madrasah ini menempatkan lebih kurang 2,000 orang pelajar yang hadir dengan pelbagai latar; asnaf dan anak yatim. Berada di bawah pemerintahan sebuah kerajaan bukan Islam merupakan salah satu cabaran kepada maahad ini. Namun begitu, tekad yang kuat untuk memartabatkan Islam dengan Ilmu mengatasi segalanya bagi warga pendidik dan pelajar di sini.



Maahad Nahdatul Syabab Al-Islamiah memerlukan sumber air bersih bagi keperluan pelajar dan warga pendidik di sini . Sumber utama air pada ketika ini hanya bergantung kepada air bukit yang sering terputus dan kotor sekiranya hujan. Pihak madrasah memerlukan telaga dan sistem saliran air, namun begitu usaha ini tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi.



Pertubuhan Ihsan Madani dengan kerjasama Madrasah dan rakan NGO ingin membuka ruang kepada anda di luar sana untuk mengalirkan pahala dengan menghulurkan sumbangan bagi membina sebuah sistem saliran air bersih kepada warga Madrasah Nahdatul Syabab Al-Islamiah


InshaAllah sumbangan tuan puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini dikalangan anak yatim, warga emas dan asnaf. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat tuan puan di akhirat kelak. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

AINI YUSAIMI BINTI AHMAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat