PROGRAM SETIAP JUMAAT PERCUMA MAKANAN TENGAH HARI

Dimulakan pada:
13 Aug, 2021
PROGRAM SETIAP JUMAAT PERCUMA MAKANAN TENGAH HARI
1.85%
RM2,770
/RM150,000
103
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Mohon bagi sokongan program makan tengah hari PERCUMA setiap hari jumaat untuk bantu kepada masyarakat kurang mampu. Kita bantu bagi makan, kerana ada yang menahan kelaparan hanya minum air sahaja.
Program Percuma Makanan Tengah hari Setiap hari Jumaat anjuran PKPHS,  untuk masyarakat yang kurang upaya telah pun  mula diperkenalkan sejak bulan lalu lagi. PKPHS prihatin dan tahu di musi...
Mohon bagi sokongan program makan tengah hari PERCUMA setiap hari jumaat untuk bantu kepada masyarakat kurang mampu. Kita bantu bagi makan, kerana ada yang menahan kelaparan hanya minum air sahaja.

Program Percuma Makanan Tengah hari Setiap hari Jumaat anjuran PKPHS,  untuk masyarakat yang kurang upaya telah pun  mula diperkenalkan sejak bulan lalu lagi. PKPHS prihatin dan tahu di musim krisis pandemik covid19, ramai yang diantara kita, tidak kira bekerja ataupun tidak bekerja. Sememangnya akan terasa dan terkesan  apabila wang simpanan yang kita ada sekarang, cuma cukup untuk tampung beberapa hari atau beberapa minggu sahaja kan? Kalau PKPD macam mana pula nak bertahan pula? Yang bekerja pula, ada yang terpaksa menahan kelaparan disebabkan ingin berjimat cermat untuk menyimpan wang menyara keluarga. Ada juga yang sanggup berdompet kosong, namun mereka cuma berdiam saja sebab takut orang ketahui.

Inilah sebab kenapa PKPHS mahu memberi makanan tengah hari PERCUMA kerana ianya boleh bantu mereka mengisi perut tanpa menahan lapar. Bila rasa lapar dan tiada wang untuk sesuap nasi. Bolehlah mereka datang untuk mengambil nasi kotak tanpa rasa segan kerana program tersebut adalah khas untuk bantu masyarakat kurang mampu tanpa memilih latar belakang seseorang.  


Sasaran makanan tengah hari PERCUMA yang diadakan setiap hari  jumaat adalah 1000 kotak nasi sebulan. PKPHS sangat berharap inisiatif ini akan dapat diadakan selama 12 bulan, supaya lebih ramai orang dapat dibantu. 


Ayuh, mari kita sedekah makanan tengah hari kepada masyarakat yang tidak berkemampuan. Kita prihatin dan kirajagakita. 

Laporan Kempen

16 Oct 2021


Seperti biasa. Setiap hari Jumaat team PKPHS edarkan nasi makanan tengah hari PERCUMA.


Usaha murni ini masih diteruskan selagi masih diberikan sokongan sumbangan dari saudara saudari sekalian.

18 Sep 2021


Seperti biasa setiap hari Jumaat mengedarkan nasi makanan  PERCUMA kepada golongan yang memerlukan. 




Edar makanan tengah hari kepada pekerja buruh pembinaan jambatan atas (flyover).




Mengedar nasi percuma kepada pekerja bershift di kawasan kepayan lama. 


10 Sep 2021

Hari ini PKPHS seperti biasa mengedarkan nasi makanan tengah hari PERCUMA kepada masyarakat yang memerlukan. Sebanyak 100 pek nasi makanan diedarkan di kawasan PKPD Millennium  plaza.





04 Sep 2021

 

Seperti biasa. Setiap hari Jumaat, PKPHS akan menyelerakan nasi makanan tengah hari disediakan khas kepada semua masyarakat yang kurang mampu. 


Sesiapa  yang memerlukan dialukan-alukan untuk mengambil nasi kotak makanan tengah hari di tempat yang disediakan atau pun hubungi PKPHS sekiranya keadaan tidak mengizinkan, kami akan cuba atur penghantaran.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Sep 24, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 17, 2021
WAN ANEZUL BIN WAN JAAFAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

PELABURAN ABADI SEDEKAH JARIAH AL-QURAN BRAILLE
BERKONGSI REZEKI BANTU ADIK HAFIDZ BERJAYA
Kempen Sumbangan Tamat