Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM263,246 / 52.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
12311 Penyumbang
Kempen Berakhir!
سم الله الرحمن الرحيم
MAAHAD TAHFIZ AR RUQAIYAH
adalah pusat pengajian hafazan Al-Quran sepenuh masa.
Telah memulakan operasinya pada 2009 ditanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dan berdaftar dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).
Jumlah pelajar adalah 35 pelajar lelaki dan 25 orang perempuan sedang mengikuti pengajian hafazan disini.
Alhamdulillah semenjak penubuhan, Maahad kami telah dapat melahirkan 33 orang Huffaz Al-Quran 30 juzuk lelaki dan perempuan.
Buat masa ini pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian dibangunan waqaf di atas tanah waqaf MAIS berkeluasan 1 ekar yang mengandungi bangunan surau, kelas dan asrama yang boleh memuatkan sehingga 60 orang pelajar
Bagi pelajar perempuan pula, pihak Maahad telah menyewa 1 lot tanah dan rumah yang dijadikan kelas dan asrama pelajar yang boleh menampung seharai 20 orang pelajar.
Alhamdulillah kami telah diberi tanah waqaf MAIS seluas 2 ekar di Kg. Bkt Kuching, Jeram Selangor (1 km dari Maahad Ar Ruqaiyah sekarang) dan bercadang untuk membina Maahad yang lebih besar dan selesa yang boleh menampung sehingga 300 orang pelajar.
Cadangan pembinaan komplaks Tahfiz baru kami adalah diatas tanah waqaf MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) dengan anggran kos RM10 juta iaitu merangkumi pembinaan:
a) Masjid
b) Asrama pelajar
c) Kelas Pengajian
d) Dewan Makan
e) Padang Permainan/Riadhah
f) Rumah guru dan Kakitangan
Sekarang, pembinaan rumah kakitangan, sedang dijalankan dan seterusnya pembinaan masjid dan asrama pelajar
dengan anggaran RM1,000,000.00
(Ringgit : Satu Juta Sahaja).
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”
PIHAK MAAHAD MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENYUMBANG DAN PEWAQAF UNTUK SAMA-SAMA MEREBUT GANJARAN PAHALA YANG AKAN SENTIASA MENGALIR SELAMA PARA HUFFAZ MEMBACA AL-QURAN DI DALAM BINAAN DARI SUMBANGAN TUAN- TUAN DAN PUAN-PUAN
Sumbangan juga adalah untuk menampung kos operasi Maahad seperti bil utiliti, makanan dan lain-lain lagi
TAPAK PEMBINAAN
DALAM PEMBINAAN
Segala pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Maahad: 019-336 5649
FB : Tahfiz Ar-ruqaiyyah
Jutaan terima kasih jazakallah khairan kathiran kepada para dermawan yang telah meinfaqkan sebahagian hartanya untuk Maahad kami ini.
Kami anak-anak tahfiz dan warga tahfiz sentiasa berdoa agar para dermawan dimurahkan rezeki dan diterima Allah Ta'alah
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum wbt para penyumbang yang pemurah. Alhamdulillah, duit yang Tuan/Puan amanahkan kepada kami telah kami gunakan sebaiknya untuk membina Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah di sini. Ustaz sertakan link video update terbaru pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah dekat bawah ni:
https://www.youtube.com/shorts/9SlIJinDuYg
https://www.youtube.com/shorts/2m5OUrR7sI8
Semoga Allah swt sentiasa memurahkan rezeki anda semua supaya anda dapat terus membantu kami membina Kompleks Tahfiz ini untuk anak-anak asnaf dan yatim yang memerlukan pendidikan tetapi tidak mampu membayar yuran.
Assalamualaikum wbt wahai semua penderma budiman yang ustaz kasihi. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur lagi hingga ke hari ini. Masih ada peluang dan ruang untuk kita menambah amal ibadat selagi ada kesempatan hidup di muka bumi ini.
Sumbangan anda semua amat bermakna bagi kami di Maahad Tahfiz Ar Ruqaiyah. Dengan sumbangan anda projek pembinaan Kompleks Tahfiz kami berjalan dengan lancar. Di sini ustaz nak kongsikan perkembangan terbaru pembinaan di sini.
Gambar-gambar di atas adalah bangunan pejabat dan bilik guru di Kompleks Tahfiz Ar Ruqaiyah yang sedang dalam pembinaan.
Klik link video di bawah untuk menonton video perkembangan pembinaan di Kompleks Tahfiz Ar Ruqaiyah:
https://www.youtube.com/shorts/9SlIJinDuYg
https://www.youtube.com/shorts/2m5OUrR7sI8
Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi ustaz ucapkan kepada anda semua. Ustaz berharap agar para penyumbang semua dapat terus menghulurkan bantuan dan sumbangan anda agar pembinaan ini dapat disiapkan secepat mungkin. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb.
Update Progress Pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Fasa 2 (July)
Assalamualaikum wbt kepada semua para penyumbang yang dermawan. Alhamdulillah Ustaz masih diberi kesempatan untuk update progress kerja-kerja pembinaan Kompleks Tahfiz Ar Ruqaiyah.
Semua ini adalah hasil dari duit sumbangan anda semua. Tanpa sumbangan anda, pembinaan Kompleks Tahfiz ini sukar untuk mencapai seperti tahap sekarang ini. Segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan.
Di sini Ustaz ingin berkongsi kegembiraan Ustaz dan pelajar-pelajar dengan anda semua. Ustaz sertakan gambar-gambar dan video perkembangan terkini.
Semua di atas ini adalah gambar-gambar bangunan pentadbiran baru yang sedang di bina
Manakala gambar di atas ini pula adalah asrama pelajar yang sedia ada sedang mengalami proses renovation memandangkan keadaan asrama ini yang agak uzur.
Video di atas adalah keadaan pembinaan bangunan pentadbiran yang sedang dalam proses pembinaan.
Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi ustaz ucapkan kepada anda semua. Ustaz berharap agar para penyumbang semua dapat terus menghulurkan bantuan dan sumbangan anda agar pembinaan ini dapat disiapkan tanpa ada sebarang masalah. Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb.
Update Progress Pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Fasa 2 (April)
Update Progress Pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Fasa 2
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hasil sumbangan para penderma di luar sana projek pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah dapat berjalan sehingga ke hari ini. Di sini Ustaz nak share sikit gambar-gambar perkembangan pembinaan.
Insyaallah ustaz akan share lagi gambar-gambar perkembangan pembinaan ini di masa akan datang. Ustaz ucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang support usaha kami untuk membangunkan komplek ini. Ustaz harap anda semua tidak akan berhenti menyumbang agar pembinaan ini dapat disiapkan sepenuhnya. Insyaallah. Semoga Allah swt memurahkan rezeki anda dan memberi kesihatan yang baik buat anda sepanjang hayat. Amin Ya Rabb.
Update Progress Pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah Fasa 2
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, hasil sumbangan para penderma di luar sana projek pembinaan Kompleks Tahfiz Ar-Ruqaiyah dapat berjalan sehingga ke hari ini. Di sini Ustaz nak share sikit gambar-gambar perkembangan pembinaan.
Insyaallah ustaz akan share lagi gambar-gambar perkembangan pembinaan ini di masa akan datang. Ustaz ucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang support usaha kami untuk membangunkan komplek ini. Ustaz harap anda semua tidak akan berhenti menyumbang agar pembinaan ini dapat disiapkan sepenuhnya. Insyaallah. Semoga Allah swt memurahkan rezeki anda dan memberi kesihatan yang baik buat anda sepanjang hayat. Amin Ya Rabb.
Mohammad Fetri
Jumlah: 3