MADRASAH TAHFIZ AT TAUFIQIYYAH

Dimulakan pada Oct 04, 2021

DANA PEMBINAAN KOMPLEKS DARUL MUKMININ MTAT FASA 1

RM6,870 / 1.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

497 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Untuk melengkapkan Kompleks Darul Mukminin, pihak madrasah akan membina Sebuah bangunan tambahan yang menempatkan asrama tambahan, kelas dan bilik pentadbiran Tembok di sekeliling Madrasah

Assalamualaikum w.b.t kepada semua penderma yang dermawan,

 

Madrasah Tahfiz At Taufiqiyyah (MTAT) sedang membangunkan sebuah Kompleks Darul Mukminin untuk tujuan pembelajaran ilmu Al-Quran. Kompleks ini menempatkan para pelajar lelaki sahaja.

 

Ini semua untuk keselesaan para pelajar yang bakal berdaftar di MTAT.

 

Kompleks ini dibina di sebuah tanah wakaf untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Sebuah masjid telah pun siap dibina untuk kegunaan para pelajar. 

 

Untuk melengkapkan Kompleks Darul Mukminin,  pihak madrasah akan membina

 

  • Sebuah bangunan tambahan yang menempatkan asrama tambahan, kelas dan bilik pentadbiran

  • Tembok di sekeliling Madrasah

 

Binaan tembok di sekeliling Madrasah yang sedia ada ini amatlah penting disegerakan. Ini kerana kawasan madrasah adalah dikelilingi oleh hutan tebal, sering kali binatang liar cuba menceroboh kawasan madrasah sepert babi hutan, gajah dan ular. Bangunan tambahan ini pula bakal menempatkan 60 orang lagi pelajar tambahan. 

 

Sumbangan anda amat kami perlukan dalam menjayakan pembangunan ini. 

 

Kelebihan yang anda berikan buat bakal pelajar MTAT bila siapnya Kompleks ini adalah: 

 

  • Bangunan asrama dan kelas baru untuk semua pelajar mendalami ilmu Al-Quran

  • Kawasan yang dikelilingi kehijauan pasti memberi ketenangan buat pelajar

  • Pagar untuk menjamin kesalamatan 

  • Memberikan rasa selamat buat pengajar dan pelajar

 

Mari sama-sama kita jayakan pembangunan Kompleks Darul Mukminin buat semua bakal pelajar Madrasah Tahfiz At-Taufiqiyyah ini.

 

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ

 

Maksudnya : “(Antara manusia yang akan mendapat naungan Allah diakhirat kelak ialah) lelaki yang bersedekah dalam keadaan bersembunyi sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa yang disedekah oleh kanannya.” (HR al-Bukhari)


Pembangunan Kompleks MTAT ini dibangunkan sebagai cawangan Darul Mustofa (lelaki) dan Darul Zahrah(perempuan), Tareem, Yemen dengan persetujuan dan perjanjian persefahaman pada 06 Jun 2008 dengan Reaktor Darul Mustoffa dan Darul Zahrah iaitu As-Syeikh Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz. Kompleks MTAT ini dirancang untuk menyediakan bukan sahaja kemudahan akademik tetapi juga tempat tarbiah, dakwah, pembelajaran ilmu syariah Islam dan penghafalan Al-Qur’an serta tempat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan yang bermanfaat untuk masyarakat setempat dan di sekitarnya. Kos keseluruhan mutakhir kompleks ini dianggarkan lebih kurang RM8.4 Juta. (Ringgit Malaysia : Lapan Juta Empat Ratus Ribu Sahaja). Sehubungan dengan itu, kami ingin menyeru dan membuka peluang kepada semua tokoh-tokoh korporat muslimin/muslimat yang berkemampuan untuk berkerjsama dengan menolong kami dengan menyumbang kepada kami.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 22, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 15, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2021

Kempen Sumbangan Tamat