PERTUBUHAN SAHABAT QURAN MALAYSIA

Dimulakan pada Oct 15, 2021

DANA PEMBELIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ SAHABAT QURAN MALAYSIA

RM271,957 / 54.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

12648 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sebuah entiti faham al Quran dengan izin Allah sedang dalam usaha akhir melunaskan baki bayaran tanah berjumlah 1 Juta.


Sebuah entiti fahaman Al Quran dengan izin Allah sedang dalam usaha melunaskan baki tunggakan pembelian tanah yang berbaki lebih kurang RM1 Juta sehingga akhir tahun ini.



“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”

 (Surah al-Baqarah: 114)



Semakin hari, semakin kami runsing dan gelisah membayangkan sekiranya tanah Maahad Tahfiz Sahabat Quran ini dijual dan anak-anak tahfiz di sini kehilangan tempat tinggal dan belajar mereka. Mereka di sini semuanya sudah seperti adik beradik yang saling menyayangi satu sama lain. Kami tidak sanggup melihat semua itu musnah sekiranya tanah ini dijual.



Sebagaimana usaha tenaga pengajar institusi tahfiz yang lain, kami melakukan semua usaha ini dengan ikhlas demi melatih dan melahirkan generasi khalifah penggerak ummah. Sesungguhnya anak-anak tahfiz di sini berpotensi untuk menjadi pemimpin yang akan memberi sinar kejayaan kepada pembentukan syiar Islam.




Di tanah ini jugalah jiwa-jiwa mereka sudah sebati dan seronok dalam mempelajari ilmu Kalamullah. Sebati dalam meluangkan masa bersama, sebati dalam berkongsi segala ketawa dan tangisan, sebati dalam membantu sesama sendiri seperti keluarga. Di sini mereka berkongsi lebih daripada apa yang dikongsi seorang pelajar ke pelajar lain, mereka berkongsi ilmu,perasaan, kebanggan dan ukhuwah.




Tanpa tanah ini, ukhuwah dan keselesaan yang telah mereka bina di sini mungkin akan terhenti. Jadi, itu akan menjadi perkara yang sedih untuk kami hadapi sekiranya tanah ini dijual dan Maahad Tahfiz Sahabat Quran mungkin akan berpindah atau lebih teruk, ditutup.



Segala infrastruktur dan pembangunan yang dibangunkan di sini hanya untuk membekalkan persekitaran pembelajaran Kalamullah yang kondusif dan selesa kepada bakal-bakal Hafidz ini. Setiap kemudahan, tempat pembelajaran, ruang riadah malah aktiviti yang dilakukan dihasratkan untuk mereka membina kebahagiaan dalam mendalami dan mempelajari Al-Quran.


Melalui sedekah seikhlas hati anda, kami berharap dapat dimanfaatkan untuk membeli tanah Maahad Tahfiz Sahabat Quran dan membangunkan institusi tahfiz ini.



BAYANGKAN SEDEKAH SEPERTI BATU BATA


Kita melihat rumah yang tersergam indah dibina teguh bermula dengan hanya batu bata. Sekecil batu bata mampu membina mahligai yang besar dan megah yang memberi manfaat kepada penghuninya.Begitu juga dengan sedekah, walaupun dengan nilai yang kecil, kalau dihimpun dan dikumpulkan, dari nilai sekecil-kecil itu mampu memberi manfaat yang besar kepada penerimanya.



Oleh itu, teruskan istiqomah dalam menyumbang kepada Maahad Tahfiz Sahabat Quran supaya anak-anak tahfiz terus kekal di sini.Jika anda di luar sana ingin menyumbang supaya kami dapat selesaikan cepat isu jual beli tanah ini, klik link di bawah


Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.

(Surah al-Hadid: 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Hamidi Abd Wahab

Jumlah: 2

avatar

Hamba Allah

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 26, 2022

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat