MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA'

Dimulakan pada Feb 08, 2022

PEMBANGUNAN DAN BAIK PULIH MADRASAH TAHFIZ UMMUL QURA

RM389,697 / 64.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM600,000

18135 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RM600,000 diperlukan bagi pembangunan dan membaik pulih bangunan lama Maahad Tahfiz Ummul Qura' yang sudah berusia lebih daripada 25 tahun demi memberi sinar baru buat para hufaz.

MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA'

NO PENDAFTARAN : 13S(7) 4/39 | KOD SEKOLAH : BZH6004

Tahfiz? Kenapa kita perlu membantu sekolah agama mahupun tahfiz ? Kerana mereka inilah peneraju untuk masa depan umat Islam pada masa akan datang. Mereka inilah insan istimewa di sisi Allah SWT yang dekat dengan kalam suci. Suatu masa, mereka juga adalah rujukan dari segi agama dan akhirat, inshaAllah.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Para dermawan yang dikasihi sekalian. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT. 

Kami di Maahad Tahfiz Ummul Qura' masih memerlukan RM600,000  bagi pembangunan dan membaik pulih bangunan lama yang Maahad Tahfiz Ummul Qura' demi memberi sinar baru buat para hufaz. Untuk pengetahuan saudara-saudari, maahad kami telah beroperasi sejak 13 Mei 1997 lagi dan banyak kerosakkan serta pembangunan yang tidak dapat dijalankan kerana tiada dana khusus buat kami.


Tembok yang telah retak dan pecah


Siling yang telah roboh



Pembinaan tersebut termasuklah:-

-Membaik pulih tembok yang sudah pecah dan bila-bila masa akan runtuh.

-Menyiapkan pagar maahad yang terbengkalai untuk lebih selamat.

-Membina pejalan kaki berbumbung untuk para hufaz untuk senang pergi ke kelas pengajian.

-Membuang dan membaik pulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai).

Hasil daripada dapatan dana para penyumbang, kami akan melakukan penambahbaikan dengan kadar yang segera secara berperingkat dari semasa ke semasa. Penambahbaikan ini akan berterusan sehingga dana mencukupi dan Maahada Tahfiz berada dalam keadaan selesa buat para pelajar dalam menuntut ilmu di jalan Allah.

Tilam-tilam lama yang tidak dapat digunakan lagi

Tingkap yang telah usang dan pecah

Pintu kelas lama yang telah pecah 

Kami berharap dermawan memahami situasi kami. Sebuah Maahad Tahfiz tiada bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran dan pengurusan. Kerana kekurangan dana yang kadang kala para pengajar perlu keluarkan duit sendiri demi keselesaan para pelajar. 

Dengan sumbangan yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Maahad Tahfiz Ummul Qura'.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMAD SALIMI BIN SAMSURI

Menyumbang sebanyak RM160.00

Feb 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 30, 2023

WAN MUHAMMAD IRSYAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat