YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Mar 27, 2025

BANTU MEREKA TERUS MENGHAFAL AL QURAN DENGAN TENANG

RM420 / 14.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah kita bukan sahaja memberi mereka tenaga, malah ia menjadi amalan yang akan mengalirkan pahala tanpa henti. Jom bantu!


Di sebuah pelosok kecil di Aceh Utara, terdapat 30 orang pelajar di Pondok Pesantren Darul Mubarakah yang berjuang menghafal Al-Quran. Dengan tekad yang kuat, mereka tetap teguh dalam menuntut ilmu meskipun dalam keadaan yang penuh kekurangan.



Pesantren mereka sangat sederhana dengan dindingnya diperbuat daripada anyaman buluh dan papan kayu yang mulai mereput dimakan anai-anai. Mereka tidur beralaskan lantai kayu yang sejuk, tanpa tilam atau bantal yang selesa. Lebih memilukan, mereka sering terpaksa mengisi perut dengan mee segera dan ikan masin kerana kesukaran mendapatkan nasi dan lauk yang lebih berkhasiat.



"Dan mereka memberikan makanan yang mereka sukai kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan." (QS. Al-Insan: 8)


Ramai di antara pelajar ini berasal dari keluarga kurang berkemampuan. Ibubapa mereka tidak mampu untuk mengirim wang saku, menyebabkan mereka terpaksa bertahan dengan makanan yang seadanya. Dalam keadaan seperti ini, bagaimana mereka dapat fokus menghafal ayat-ayat suci sedangkan perut mereka kosong?



"Sesiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, Allah akan memberinya makan dari buah-buahan syurga." (HR. Tirmidzi)


Sahabat yang budiman, mari kita hulurkan bantuan dengan bersedekah nasi untuk mereka. Setiap suapan yang mereka nikmati daripada sedekah kita akan menjadi sumber kekuatan mereka untuk terus menuntut ilmu dan menghafal Al-Quran.



Jom bersama berkongsi rezeki!


Sedekah kita bukan sahaja memberi mereka tenaga, malah ia menjadi amalan yang akan mengalirkan pahala tanpa henti. Setiap butir nasi yang kita berikan akan menjadi pelita di dunia dan akhirat.



Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat kepada kita semua dan membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2025

ALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2025

MOHD FAIZAL BIN MANGJI

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 11, 2025

Kempen Sumbangan Tamat