YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Aug 04, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN MUHARAM

RM2,850 / 95.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

170 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Muharram ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Bulan Muharam sebenarnya mempunyai maksud 'yang dimuliakan' dan merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Maka inilah amalan di bulan Muharram yang dijalankan oleh umat Islam. Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharram adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa Asyura’. Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA:


[أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ]

Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebagai salah satu bulan yang utama, oleh itu umat Islam sebenarnya perlu memperbanyakkan amalan di bulan Muharam. Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Muharam. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.


Yayasan ANGKASA bertanggungjawab menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah kepada anggota, anak anggota, kakitangan koperasi dan anak kakitangan koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di IPTA / IPTS. Pembiayaan yang ditawarkan tidak dikenakan sebarang faedah dan bayaran balik bergantung kepada keputusan pengajian.



Di samping menyediakan bantuan pembiayaan pendidikan, Yayasan ANGKASA juga memberi kursus dan program-program kecemerlangan pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan prestasi pelajar seperti program motivasi, program kaunseling (pelajar yang mendapat keputusan CGPA bawah 2.80 dalam peperiksaan semester) dan kursus persediaan pekerjaan (pelajar tahun akhir pengajian).


Pada masa ini sumber kewangan utama Yayasan ANGKASA adalah daripada suntikan dana yang diperolehi daripada ANGKASA. Namun begitu, Yayasan ANGKASA masih memerlukan sumbangan dari pihak luar bagi menampung peningkatan permohonan pelajar-pelajar setiap tahun. Yayasan ANGKASA memohon sumbangan dari orang ramai melalui platform sumbangan.com.



Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Muharam ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NATASYA MOHD NASIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2022

SITI NUR SARAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat