YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Jul 27, 2023

KEJAR REZEKI DENGAN BERSEDEKAH JUMAAT FASA 2

RM95 / 3.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Muharam ini bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).



Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) dalam kalangan makhluk-makhlukNya.



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap Jumaat di bulan Muharram yang penuh barakah. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan ini dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar universiti yang kurang berkemampuan di bawah tajaan Yayasan ANGKASA dan akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan InsyaAllah mereka akan dapat menerima manfaat ini. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat.



Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Muharam ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat