YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Aug 12, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN MUHARAM FASA 2

RM395 / 13.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Muharram ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Bulan Muharam sebenarnya mempunyai maksud 'yang dimuliakan' dan merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Maka inilah amalan di bulan Muharram yang dijalankan oleh umat Islam. Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharram adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa Asyura’. Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA: Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebagai salah satu bulan yang utama, oleh itu umat Islam sebenarnya perlu memperbanyakkan amalan di bulan Muharam. Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Muharam. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Yayasan ANGKASA menyediakan kemudahan bantuan pembiayaan boleh ubah tanpa faedah kepada anggota koperasi yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di IPTA / IPTS. Yayasan ANGKASA masih memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi menampung peningkatan permohonan pelajar-pelajar setiap tahun dengan melalui platform sumbangan.com.



Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Muharam ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat