YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Aug 18, 2022

SEDEKAH JUMAAT BULAN MUHARAM FASA 3

RM110 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Muharram ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Zulhijah. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Islam menggalakkan kita untuk sentiasa berlumba-lumba dan bersegera melakukan kebaikan. Jangan menangguhkan perkara baik kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku kelak. Bagaimanapun, kita disarankan untuk melipatgandakan lagi amalan bersedekah pada hari Jumaat, berbanding hari lain. Sesungguhnya, amalan bersedekah juga tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan juga kesempitan hidup.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA. Mereka akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Pihak kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan! Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah SWT. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!



Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Muharam ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat