Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM775 / 25.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan pahala yang tidak putus-putus dengan menyumbangkan naskhah al-Quran kepada Balai Pengajian Baitul Tifli. Di sebalik tembok sederhana pusat pengajian ini, berpuluh-puluh kanak-kanak dan remaja bergelut untuk menghafal dan memahami ayat-ayat suci tersebut. Namun, bilangan naskhah al-Quran yang terhad menyebabkan mereka terpaksa bergilir-gilir, malah ada yang hanya mendengar bacaan rakan-rakan mereka.

Beberapa ketika dahulu, beberapa naskhah al-Quran telah diedarkan kepada Balai Pengajian Baitul Tifli. Bagaimanapun, jumlah itu masih jauh dari mencukupi. Kanak-kanak ini tetap bersemangat walaupun tanpa naskhah al-Quran di tangan mereka. Hari ini, marilah kita membantu mereka mempelajari Al-Quran dengan betul agar setiap naskhah adalah cahaya bagi banyak jiwa.

Menderma senaskah Al-Quran pada hari Jumaat mempunyai fadhilat yang luar biasa. Hari Jumaat adalah hari yang paling baik dalam seminggu, dan dilipatgandakan amal kebaikan padanya.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Qur’an) dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.”
(QS. Fathir: 29)

“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat…”
(HR. Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025