Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM540 / 2.16 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
37 Penyumbang
142 Baki Hari
Bencana banjir besar dan tanah runtuh tahun ini telah memusnahkan begitu banyak rumah hanyut, sekolah tenggelam dan jalan terputus. Masjid dan surau rosak teruk sehingga tidak lagi boleh digunakan.

Namun, di sebalik kehancuran itu, kita melihat sesuatu yang sangat menyentuh hati. Dalam video dan gambar yang tular, ada yang solat di atas lantai rumah yang pecah, ada yang berdoa di atas tanah berbatu dan berselut, ada yang bertelekung di tengah runtuhan, dan ada yang menadah tangan di tepi khemah kecil, walaupun baju dan barang mereka habis dibawa arus.

Mereka mungkin kehilangan banyak, tetapi mereka tidak kehilangan iman. Di saat semua yang fizikal hancur, yang tinggal hanyalah pergantungan penuh kepada Allah.

Melalui kempen ini, kami berusaha menyediakan:
1. Mushola kecemasan di pusat pemindahan & pos bencana
2. Karpet & tikar solat
3. Telekung & kain sarung
4. Baldi air untuk wudhu
5. Ruang tertutup agar wanita & warga emas boleh solat dengan selesa

Semoga setiap sujud yang dilakukan di mushola kecemasan ini menjadi amal jariyah yang mengalir tanpa henti untuk anda.
“Mereka mungkin kehilangan rumah, tetapi jangan biarkan mereka kehilangan ruang untuk sujud.”
Sama-sama kita bina kembali, sedikit demi sedikit, agar mereka tahu bahawa ummah ini tidak membiarkan mereka bersendirian. Mari kita mulakan kembali kehidupan, dengan membina mushola di tengah darurat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2025